Euforia Bola 2026
Famili

Sebak! Bapa Tinggalkan 3 Orang Anak Di Rumah Kebajikan, Gaji RM2.6K Tak Cukup Nak Sara…

RUMAH KEBAJIKAN KANAK KANAK

Dalam hidup yang serba mencabar, rumah kebajikan kanak kanak bukan sekadar tempat berlindung, tetapi menjadi harapan terakhir buat ibu atau bapa yang terpaksa membuat keputusan paling berat demi masa depan anak.

Itulah yang dilalui oleh seorang bapa tunggal yang terpaksa menitipkan tiga anaknya ke rumah kebajikan kanak kanak setelah tidak lagi mampu menampung keperluan mereka, walaupun kasih sayangnya tidak pernah berkurang walau sedikit.

Baca juga: Anak Buat Hal Salah Laku Tapi Sekolah Disalahkan, Jadi Di Mana Peranan Ibu Bapa?

AYAH HANTAR ANAK RUMAH KEBAJIKAN KANAK KANAK, TAK ADA DUIT NAK JAGA

RUMAH KEBAJIKAN KANAK KANAK

Setelah berpisah dengan isterinya tiga tahun lalu, beliau membawa ketiga-tiga anak ke ibu kota dengan harapan dapat membina hidup baharu.

Namun realitinya jauh lebih sukar kerana dia hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing dan memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Ada hari dia terpaksa makan mi segera atau roti sepanjang hari demi memastikan anak-anak tidak kelaparan dan boleh pergi ke sekolah.

“Tak apa kalau saya tak makan… asalkan anak-anak boleh belajar dan teruskan cita-cita mereka,” katanya dalam nada sebak.

Namun lama-kelamaan, keletihan fizikal dan tekanan hidup mula memberi kesan. Saat dia rasa kehidupan mula hilang arah, dia menghubungi Rumah Jagaan Kanak-Kanak An Shunjie untuk mendapatkan bantuan.

Ketika tiba di pusat jagaan tersebut, suasana penuh emosi menyelubungi pertemuan itu. Si anak bongsu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun menangis kerana tidak mahu tinggal di sana.

“Ayah, saya tak nak duduk sini… saya nak balik rumah,” luahnya.

RUMAH KEBAJIKAN KANAK KANAK

Menurut pihak pengurusan Rumah An Shunjie, walaupun bapa ini tidak memiliki kemewahan, kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi jelas terserlah.

Dia sanggup mengetepikan ego dan mencari bantuan semata-mata mahu anak-anaknya hidup lebih baik.

Kini, ketiga-tiga anak ini telah diterima masuk secara rasmi ke rumah jagaan tersebut. Mereka akan diberikan penjagaan rapi termasuk bantuan persekolahan, sokongan emosi dan kaunseling serta peluang untuk membina semula keyakinan diri dalam suasana yang positif.

“Kita tak rasa apa yang dia rasa, mungkin dia dah nak ke tahap depression. Daripada dia bunuh anak-anak dan diri sendiri, lebih baik serah dekat tempat yang elok. Ada sahaja rumah anak-anak yatim yang masih ada mak atau ayah tetapi anak dihantar di sana bagi tujuan pembelajaran,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Tular Terapi Bedung ‘Konon’ Boleh Rawat Anak Lambat Bercakap, Pakar Tegur Semua Ini Tak Masuk Akal!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×