Amalan mandian air garam sudah lama diamalkan oleh orang terdahulu sebagai salah satu ikhtiar untuk membersihkan diri daripada unsur negatif yang tidak dapat dilihat mata kasar.
Menurut perkongsian Farah Najwa di laman TikTok, mandian ini bukan sekadar rutin kebersihan, tetapi juga cara untuk menenangkan jiwa, meleraikan gangguan batin serta memulihkan semangat diri dari dalam.
Baca juga: Setiap Teguk Minuman Panas Dalam Cawan Kertas Ada ‘Racun’? Kajian Dedah Tingkat Risiko Kanser!
KELEBIHAN MANDIAN AIR GARAM
“Petua orang lama tak lapuk dek zaman, mandi garam untuk serap racun halus. Bisa sihir dan ain takkan kekal bila anda bersihkan diri macam ini,” ujar Farah Najwa.
1. Serap racun halus
- Orang dulu percaya garam bersifat menyerap tenaga negatif dan kotoran halus yang tidak dapat dilihat mata kasar
- Bila mandi dengan air garam, cas negatif dalam tubuh dikatakan akan larut bersama air, menjadikan badan terasa lebih ringan dan segar
- Selain untuk kebersihan diri, amalan ini juga dianggap membantu menstabilkan tenaga dalaman serta memberi kesan ketenangan selepas mandi
2. Buang bisa sihir
- Bagi mereka yang berdepan rasa hidup berat, rezeki tersekat atau hati kerap serabut, mandi garam dijadikan ikhtiar untuk memecahkan ikatan sihir yang mengekang diri
- Garam dipercayai mampu menetralisasikan unsur ghaib yang menempel pada tubuh, sekali gus membantu mengembalikan semangat diri yang hilang
- Amalan ini dilakukan dengan penuh niat dan doa agar Allah memutuskan segala bentuk gangguan yang datang tanpa disedari
3. Cairkan bisa santau
- Santau dikatakan boleh masuk melalui makanan, angin atau pandangan, menyebabkan tubuh terasa bisa, lesu dan tidak bermaya
- Garam yang bersifat semula jadi dikatakan mampu menyerap dan meleraikan unsur berbisa yang sudah sebati dalam tubuh
- Mandi air garam secara konsisten membantu mengurangkan rasa berat badan, memulihkan tenaga serta membuatkan tubuh kembali ringan
4. Luruhkan penyakit ain
- Penyakit ain berpunca daripada pandangan hasad dengki yang membawa kesan kepada jasmani dan emosi seseorang
- Orang lama sering berpesan supaya mandi garam bagi meluruhkan ‘bekas pandangan’ yang menempel, agar aura diri kembali bersih
- Amalan ini juga dianggap cara untuk menenangkan hati, mengurangkan tekanan dan menguatkan semangat diri daripada unsur hasad
5. Tenangkan jiwa dan buka aura
- Bila racun halus dan gangguan ghaib sudah ‘dibersihkan’, tubuh dan jiwa akan terasa lebih ringan dan damai
- Mandi garam turut dipercayai membantu melancarkan aliran tenaga positif dalam diri, membuatkan wajah lebih berseri dan mudah tersenyum
- Ia bukan sekadar petua kecantikan batin, tetapi juga bentuk terapi diri untuk mengembalikan keyakinan dan keseimbangan emosi
SEBELUM MANDI BACA:
- Ayat Kursi
- 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas)
- Niat dalam hati, “Ya Allah, aku mandi ini sebagai ikhtiar untuk memutuskan segala sihir, gangguan dan penghalang jodoh yang tidak aku nampak. Sembuhkanlah aku dengan izin-Mu.”
- Buat 7 hari berturut-turut.
Baca juga: Sekarang Musim Influenza, Buat 6 Cara Ini Bantu Legakan Badan & Cepat Pulih Selain Makan Ubat!
Sumber: Farah Najwa
FT Image: Maria Korneeva / Getty Images

