Euforia Bola 2026
Rakyat

Bakal Mentua Batal Nikah Lepas Tahu Pemuda Ini Peniaga Pasar Malam, Siap Hina “Kerja Kau Tak Ada Pencen!”

batal nikah

Batal nikah di saat segalanya hampir disempurnakan tentu menjadi pengalaman yang sukar untuk diterima. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Khaled Hassan, apabila majlis perkahwinannya dibatalkan oleh bakal mentua hanya kerana status pekerjaannya sebagai peniaga pasar malam.

Baca juga: Tular Pelekat Bahasa Rasmi Isra*l, Pesara Lelaki Dakwa Hanya Minat Tulisan Hebrew!

BATAL NIKAH GARA-GARA KERJA PENIAGA PASAR MALAM

batal nikah

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Khaled berkongsi semula detik bahagia ketika majlis pertunangan yang pada awalnya berjalan dengan penuh restu dan sokongan daripada kedua-dua belah pihak. Namun segalanya berubah selepas identitinya sebagai peniaga kecil-kecilan diketahui oleh bakal ibu mentua.

Menurut Khaled, wanita tersebut mula memperlekehkan kerjayanya dan menuduhnya sebagai lelaki yang tidak mempunyai masa depan.

“Kau war-warkan dekat aku yang kononnya kau CEO lah, bos lah… Tak ke mana peniaga macam kau,” katanya mengimbas kembali kata-kata hinaan yang diterima.

Lebih menyedihkan, bakal ibu mentua turut membandingkan Khaled dengan lelaki lain yang bekerja dalam sektor kerajaan.

“Anak aku boleh cari yang kerja kerajaan. Kerja macam kau tak ada pencen dan masa depan,” katanya lagi.

Khaled menjelaskan bahawa ketika itu segala urusan perkahwinan hampir selesai, malah beliau sudah mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk persiapan majlis. Namun segala usaha itu menjadi sia-sia apabila keputusan untuk membatalkan pernikahan dibuat secara muktamad.

“Saya hampir settle benda dalam urusan nikah… Dah banyak saya labur,” luahnya dalam nada kecewa.

Walaupun perit, Khaled mengakui dia reda dengan ketentuan yang telah ditulis untuknya. Katanya, pengalaman itu menjadi pengajaran besar agar tidak berputus asa dengan rezeki yang halal meskipun dipandang rendah oleh orang lain.

Kisah yang dikongsikan beliau menerusi beberapa video di Instagram meraih perhatian ramai pengguna media sosial. Rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan memuji keikhlasan Khaled yang tetap tegas mempertahankan prinsipnya sebagai peniaga yang mencari rezeki dengan cara halal.

Baca juga: Dunia Sedang Bangkit! Ketahui Beza 3 Gelombang Flotilla Ke G4z4 Tahun 2025

Video penuh

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Khaled (@khaledhassanz_)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Khaled (@khaledhassanz_)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Khaled (@khaledhassanz_)

Baca juga: 7 Kisah Hukuman Zaman Dahulu Yang Kejam, Pelik & Menggerunkan Hingga Tak Masuk Dek Akal!

Sumber: Instagram khaledhassanz_

FT Image: Khaled Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×