Euforia Bola 2026
Famili

Telefon Baru Repair Seminggu Terbakar Lepas Anak Main Game Sampai Tertidur, Tangan Pun Melecur!

kebakaran rumah

Kejadian cemas berlaku semalam apabila sebuah telefon yang baru sahaja dibaiki beberapa hari lalu tiba-tiba terbakar di ruang tamu, hampir menyebabkan kebakaran rumah sebuah keluarga.

Ramai yang pelik, kenapa telefon baru dibaiki yang sepatutnya berfungsi dengan elok menjadi punca rumah hampir hangus?

Baca juga: 10 Barang Rumah Ini DILARANG Letak Atas Peti Sejuk, No. 8 Paling Ramai Suka Kumpul & Biarkan!

BARU ‘REPAIR’ TELEFON BIMBIT TAPI HAMPIR JADI PUNCA KEBAKARAN RUMAH, BAHAYA!

kebakaran rumah

Menurut perkongsian si ibu di laman Facebook, telefon tersebut baru sahaja selesai dibaiki buat kali kedua selepas mengalami masalah LCD.

“Patutlah semalam masa saya terbangun sebab nak ke tandas, kuat betul bau terbakar. Saya sempat periksa semua suis dan plug, tapi tak nampak apa-apa yang terbakar. Jadi saya pun sambung tidur,” katanya.

Namun, siapa sangka bau tersebut rupa-rupanya datang daripada telefon anaknya yang sudah mula terbakar! Petang keesokannya, anak perempuannya yang baru pulang dari sekolah tiba-tiba bertanya, “Mamy, si Goku (adik) tiada bagitahu pasal telefon dia?”

Terkejut dengan soalan itu, si ibu mula menyedari ada sesuatu yang tak kena. Rupa-rupanya anak lelakinya itu tidak berani memberitahu apa yang berlaku kerana takut dimarahi.

GARA-GARA MAIN GAME TERLALU LAMA SAMPAI ADA PERCIKAN API, MELECUR

kebakaran rumah

Malam sebelum kejadian, si ibu sempat menasihatkan agar anaknya berhenti bermain permainan video di telefon.

“Sudah-sudahlah main game, kasi rehatlah itu telefon. Dah pukul 10 malam, esok nak sekolah,” katanya menegur.

Namun, pesanan itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Menurut si kakak, sebelum tidur dia sempat meminjam telefon adiknya sebentar. Ketika itu bateri sudah 90%, jadi dia mencabut pengecas dan terus tidur. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi percikan api. Telefon adiknya tiba-tiba berasap tebal hingga memenuhi ruang tamu.

“Adik saya terjaga dan cepat-cepat balut telefon tu dengan selimut. Tapi tangannya melecur sebab telefon tu panas sangat,” cerita si kakak.

Nasib baik api tidak merebak dan keluarga itu terselamat daripada tragedi yang lebih buruk. Syukur tidak terbakar satu rumah. Namun, dia tetap kecewa kerana anak-anaknya tidak segera mengejutkan ibu bapa ketika kejadian berlaku.

“Bahaya betul cara mereka ni. Tau lah bapanya garang, tapi kalau kebakaran betul-betul jadi, nyawa pun boleh terancam,” tambahnya lagi.

Kejadian ini turut menimbulkan tanda tanya bagaimana telefon boleh terbakar selepas dicabut dari pengecas, sedangkan ketika mengecas ia berfungsi seperti biasa. Si ibu menegaskan, insiden ini menjadi pengajaran besar buat anak-anaknya.

“Ini kali terakhir si adik main telefon. Memang tak berhenti tangan main game saja. Padanlah muka,” katanya berseloroh namun jelas masih trauma dengan apa yang berlaku.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Adiratna Jassini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×