Anak sulung kepada usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, iaitu Ammar Ahyan, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menerima kejutan istimewa berupa sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman daripada kedua ibu bapanya!
Perkongsian penuh momen manis itu dimuat naik oleh Datin Shahida di akaun TikTok dan Instagram miliknya semalam, memperlihatkan reaksi terkejut Ammar apabila melihat sendiri hadiah yang sudah lama dirancang oleh ibu bapanya.
“FIRST TIME NAMPAK AMMAR AHYAN TERKEJUT DAN TERSENYUM RIANG”- NETIZEN

“Dah lama nak belikan, tapi nak bagi kejutan…”
Menurut Datin Shahida, pemberian kereta itu bukan semata-mata hadiah biasa, sebaliknya tanda penghargaan dan kasih sayang buat anak sulung mereka yang kini semakin dewasa dan baru memperoleh lesen memandu.
“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Yelah, dia pun dah besar, dah ada lesen. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak pernah minta kereta pun, dia cuma kata janji ada kereta dan cukup,” tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen.
Beliau turut berkongsi bahawa ketibaan kereta berkenaan sebenarnya telah dirancang lebih awal, namun terpaksa ditunda sedikit bagi memastikan momen kejutan itu benar-benar menjadi rahsia.
“Patutnya sampai awal, tapi ada delay sikit. Mama dengan Papa tahu hari ni kereta sampai, tapi kami rahsiakan sebab nak surprise. Nampak dia terkejut betul bila nampak kereta baru dia,” katanya sambil tersenyum.
Dalam video yang sama, Datin Shahida turut berseloroh mengenai reaksi spontan Ammar ketika melihat kereta tersebut iaitu campuran antara terkejut dan tidak percaya.
“Pagi tadi Ammar dah macam ‘ala Mama, aduh…’ tapi akhirnya dapat juga kereta. Saja je nak prank dia,” katanya sambil ketawa.
SEMUA INI UNTUK ANAK-ANAK, PESANAN UNTUK AMMAR SUPAYA SENTIASA BERSYUKUR

Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri turut berkongsi rasa bangga terhadap pencapaian dan sikap bertanggungjawab anak sulungnya itu. Beliau menegaskan bahawa segala penat lelahnya mencari rezeki adalah demi kebahagiaan anak-anak.
“Kita cari duit ni semua untuk anak-anak Abah,” katanya ringkas namun penuh makna.
Datin Shahida pula menambah bahawa rezeki yang diperoleh turut dikongsi bersama seluruh ahli keluarga, sambil berharap agar anak-anaknya kelak turut sama membantu dalam perniagaan keluarga.
“Sebenarnya ada rezeki anak-anak juga di sini. Kita harap nanti bila dah besar, masing-masing pun bantu Mama Papa meniaga, insya-Allah semua pun akan rasa manisnya,” ujarnya.
Di akhir perkongsian itu, Datin Shahida sempat menitipkan pesanan bermakna buat Ammar agar tidak leka dengan nikmat dunia serta sentiasa ingat bahawa rezeki datangnya daripada Allah SWT. Hal ini kerana Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa saja kalau kita tak bersyukur.
Sebagai info, pasangan romantis Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007, dan hasil perkahwinan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
@shahidadherbs2Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej. Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup. Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan. Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. Insyallah ada rezeki untuk anak anak mama yang lain bila sampai masanya. Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur
Baca juga: “Bapa Superhero!”- 5 Figura Bapa Anak Ramai Yang Popular Ini Buktikan Keluarga Besar Boleh Cemerlang
Sumber: Tiktok @shahidadherbs2
