Pernah atau tidak anda terfikir bagaimana rupa dan rasa makanan di penjara seluruh dunia? Bila sebut mengenai makanan penjara sudah semestinya terbayangkan menu yang tidak sedap sahaja bukan?
Dari Amerika Syarikat hingga Jepun, setiap negara ada cara tersendiri memberi makan kepada banduan. Ada yang nampak seimbang macam hidangan kantin sekolah, tapi ada juga yang buat kita bersyukur dan tidak mahu jadi seorang penjenayah!
9 Menu Makanan Di Penjara Seluruh Dunia, Boleh Tahan Ke?
1. Amerika Syarikat — Ringkas dan Serba Cukup

Di penjara Amerika Syarikat, menu banduan biasanya sederhana. Hidangan standard termasuk kacang, sayur, daging cincang dan sekeping roti jagung. Walaupun nampak seperti makanan kantin sekolah, rasanya dikatakan agak hambar tapi cukup untuk mengisi perut.
2. Ukraine — Sup Sayur dan Bubur Gandum

Banduan di Ukraine kebiasaannya dihidangkan dengan sup sayur panas, bubur gandum, dan sedikit daging. Tak mewah, tapi lengkap dengan tenaga asas untuk sehari.
3. Slovakia — Hidangan Sederhana Setiap Hari

Di Slovakia, roti, sup dan sedikit mentega atau keju menjadi menu harian. Nampak sangat minimalis, namun itulah sajian yang mereka hadapi setiap hari tanpa banyak pilihan.
4. Greece — Hidangan Ikut Bajet Negara

Penjara di Greece menawarkan menu bergantung pada bajet kerajaan. Biasanya ada nasi, sup sayur, roti, serta ayam atau ikan rebus. Walaupun tidak mewah, sekurang-kurangnya masih mengekalkan keseimbangan nutrisi.
5. Australia — Seimbang dan Teratur

Australia antara negara yang lebih menitikberatkan aspek nutrisi dalam penjara. Menu banduan selalunya terdiri daripada daging, sayur, buah-buahan dan bijirin. Malah, sesetengah institusi memberi peluang kepada banduan untuk membantu di dapur penjara — satu cara mendidik kemahiran baharu.
6. Rusia — Menu Yang Ngeri

Makanan penjara di Rusia cukup terkenal dengan rupa dan rasa yang menyedihkan. Bubur yang dihidangkan selalunya berwarna kelabu, tawar, dan sukar dikenal pasti jenisnya. Ramai banduan mengalami masalah perut akibat kualiti makanan yang rendah.
Namun, ada yang kreatif apabila mereka mencipta ‘sapuan coklat’ ala Nutella menggunakan biskut hancur dan serbuk koko yang dibeli dari kantin penjara.
7. Jepun — Disiplin dan Nutrisi Seimbang

Penjara Jepun dikenali dengan peraturan ketat, termasuk dalam hal makanan. Setiap hidangan disusun rapi dan lengkap dengan nasi, sup miso, ikan bakar dan sayur rebus. Ia bukan sahaja seimbang, malah mencerminkan budaya disiplin masyarakat Jepun.
8. United Kingdom — Lebih Bebas dan Bersih

Banduan di UK biasanya menikmati makanan seperti pasta, ayam, sayur, roti, bebola daging dan kentang goreng. Menariknya, mereka turut dibenarkan memasak sendiri dalam program khas untuk melatih berdikari. Hidangan di sini dikatakan lebih bersih dan tersusun berbanding negara lain.
9. China — Makan Sekadar Hidup

Di China, makanan penjara selalunya ringkas dan kurang menyelerakan. Telur rebus, popia dan sepotong kek antara menu yang biasa disajikan. Ada juga makanan lain yang sukar dimakan — membuatkan ramai banduan sekadar makan sekadar untuk terus hidup.
Kesimpulannya, makanan penjara di seluruh dunia menggambarkan tahap ekonomi, budaya, dan nilai kemanusiaan sesebuah negara. Ada yang menekankan keseimbangan nutrisi dan peluang pemulihan, ada pula yang sekadar memenuhi syarat asas untuk bertahan. Kalau anda diberi pilihan, penjara negara mana yang nampak ‘paling boleh tahan’?
Baca juga: Hidup Tanpa Hiburan, Ini 7 Bandar Dikatakan Paling BOSAN Di Malaysia Yang Anda Kena Tahu!
Sumber: Tiktok @this.our.worlds
