Apabila ramai sedang demam dan batuk, ramai juga yang mencari cara untuk melegakan influenza agar cepat pulih. Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ubat seperti Tamiflu hanya berkesan jika diambil dalam tempoh 48 jam pertama selepas muncul simptom.
Sementara itu, vaksin influenza pula tidak dapat merawat jangkitan yang sedang berlaku, namun penting untuk mencegah jangkitan semula selepas sembuh.
Baca juga: Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!
6 CARA MELEGAKAN INFLUENZA
Dalam tempoh pemulihan, perkara paling penting ialah rehat secukupnya, minum air dengan cukup dan elak menjangkiti orang lain. PHM turut berkongsi 6 cara mudah yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika diserang influenza.
Semua langkah ini bukanlah ubat khusus untuk influenza, namun ia membantu meringankan simptom dan mempercepat proses pemulihan. Jika simptom berlarutan lebih daripada tiga hari atau menjadi semakin teruk, sebaiknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1. Mandi air suam
Mandi dengan air suam membantu melegakan otot yang lenguh, membuka saluran pernafasan dan memberikan rasa segar. Ia juga membantu menurunkan suhu badan jika demam.
2. Minum madu dan lemon suam
Campuran madu dan lemon suam membantu melegakan tekak, mengurangkan batuk dan menambah tenaga. Madu bersifat antibakteria manakala lemon kaya dengan vitamin C.
3. Tidur dengan kepala sedikit tinggi
Gunakan bantal tambahan semasa tidur bagi membantu melancarkan pernafasan dan mengurangkan hidung tersumbat akibat lendir.
Baca juga: Buah Oren Mujarab Rawat Batuk Berpanjangan, Minum 2 Kali Sehari Bangun Esoknya Rasa Lega Tekak!
4. Hirup wap air suam
Wap panas membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan iritasi tekak.
5. Makan makanan hangat
Sup panas, bubur atau teh herba membantu menenangkan tekak serta memudahkan tubuh menyerap nutrien penting. Makanan hangat juga bantu melancarkan peredaran darah.
6. Rehat secukup-cukupnya
Tidur yang cukup penting agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik. Elakkan aktiviti berat supaya tubuh mempunyai tenaga untuk melawan virus.

Gambar: PHM
Baca juga: Jangan Ingat Tak Penting, Anak Berdepan Risiko Terbantut Jika ‘Skip’ Ubat Cacing Setiap 6 Bulan!
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Freepik

