Euforia Bola 2026
Nur

PU Amin Tampil Jelaskan Isu Wanita Berjuang Tanpa Mahram – “Ada Budak Nak Peluk Ibu…”

PERJUANGAN WANITA TANPA MAHRAM

Kecoh di media sosial mengenai perjuangan wanita tanpa mahram di Global Sumud Flotilla sehingga mendatangkan komen negatif. Ramai yang mempertikaikan kewajaran penglibatan mereka dalam misi kemanusiaan ke Ga*a, apatah lagi apabila melibatkan perjalanan jauh tanpa ditemani mahram.

Ada yang menuduh mereka melanggar syariat, malah tidak kurang juga yang melemparkan kecaman tanpa memahami latar belakang dan tujuan sebenar misi ini.

Baca juga: Amalan Doa Rasulullah Untuk Kehancuran Musuh Islam, Jadi Senjata Hati Saat Umat Ditindas

PERJUANGAN WANITA TANPA MAHRAM, PU AMIN TAMPIL JELASKAN

PERJUANGAN WANITA TANPA MAHRAM

Perkara ini mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Amin yang tampil memberikan penjelasan secara terbuka bagi meredakan kekeliruan dan kecaman yang timbul di media sosial.

Menurutnya, memang wujud larangan asal dalam Islam yang melarang wanita untuk bermusafir tanpa mahram. Larangan ini bersandarkan kepada beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang meletakkan keperluan mahram sebagai pelindung kepada wanita dalam perjalanan yang jauh dan berisiko.

Dalam konteks itu, kehadiran mahram bukan sahaja menjadi pengiring, tetapi juga pelindung dari sebarang gangguan, fitnah dan bahaya.

Namun, sebagaimana dalam banyak hukum fiqh lain, terdapat khilaf atau perbezaan pandangan dalam kalangan ulama, khususnya apabila wujud keadaan tertentu yang membolehkan hukum asal ini diberi pengecualian.

“Memang kita tengok ramai aktivitis wanita ini nak terlibat bersama-sama misi kemanusiaan walau di mana-mana negara sekali pun. Memang kita faham, hukum awal wanita ini memang tak dibenarkan bermusafir tanpa mahram tetapi ada khilaf dalam kalangan para ulama.

“Sebab yang pertama, memang ada hadis Nabi melarang wanita bermusafir tanpa mahram atas sebab tertentu. Mahram yang ikut tadi akan membantu untuk menyelamatkan wanita-wanita yang dijaga.

“Tetapi kita kena ingat, ada pengecualian dalam keadaan tertentu. Agama Islam ada satu hukum, contohnya perkara berkaitan dengan wanita-wanita tadi pada asalnya memang tak boleh. Tetapi ada pengecualian, contohnya hadis Safar di zaman Nabi, ada wanita-wanita meninggalkan suami dan mahram untuk berhijrah dengan Rasulullah SAW.

“Bila sampai di pantai G, kita tahu ada wanita-wanita yang perlu disantuni dengan doktor wanita. Mesti ada pakar psikologi wanita, mesti ada anak ibu-ibu yang nak berpelukan, yang nak meluahkan perasaan kepada aktivis-aktivis wanita,” jelasnya.

PU Amin turut menjelaskan bahawa semua aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan ini bukan bertindak atas dasar emosi semata-mata. Mereka mendapat restu daripada suami dan keluarga dan mahram mereka sendiri hadir menghantar mereka ke lapangan terbang dengan penuh reda dan doa.

“Jika juga tahu seluruh aktivis yang pergi ini dapat restu daripada suami dan keluarga. Mahram mereka semua hantar dekat lapangan terbang. Mereka berkorban tinggalkan keluarga dan kerja sebab nak bawa suara kita, nak bantu anak-anak serta ibu-ibu yang sedang menderita di Gaza,” ujarnya.

Baca juga: Selami Sejarah Tentang Palestin Dalam Islam, Biar Terpahat Dalam Jiwa Setiap Muslim Selamanya

Sumber: TikTok 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×