Euforia Bola 2026
Famili

Murid Tahun 4 Meninggal Dunia Di Sekolah Sekitar Senawang, Polis Sedang Jalankan Siasatan!

murid tahun 4

Seorang murid tahun 4 ditemukan tidak bernyawa di sebuah sekolah di Senawang pada jam 1 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari Rabu sebelum pasukan polis bergegas ke lokasi.

Baca juga: Wanita Panik Tertekan Bahasa Inggeris Di Mesin ATM & Terus Keluar Bank Tanpa Duit, Buat Netizen Gelak Sakan

murid tahun 4

Gambar oleh Ahmad Hasbi (Harian Metro): Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ditemui pada sidang media di Seremban.

“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak ini meninggalkan kelas pada jam 12.10 tengah hari. Murid ini ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah itu.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, butiran lanjut mengenai punca serta kronologi insiden akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Baca juga: “Ralat Dengan Apa Yang Berlaku, 10 Tahun Tunggu Zuriat” Luahan Pilu Bapa Bayi Kembar Selepas Tragedi Plaza Tol Bukit Kajang

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menghormati proses siasatan polis dan pada masa yang sama memberi perhatian khusus terhadap kesejahteraan emosi murid serta guru sekolah berkenaan.

“Sementara kita menunggu siasatan penuh kita akan memberi tumpuan penuh kepada proses psikososial dan sokongan emosi kepada pelajar dan guru di sekolah.

“Jadi mulai esok intervensi ini akan dilaksanakan secara menyeluruh oleh semua kaunselor kita di peringkat Negeri Sembilan untuk turun dan lihat.

“Kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya Pusat Kesihatan Mental untuk memberikan tumpuan kepada intervensi ini yang akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya ketika ditemui media di Seremban.

Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa tidak perlu berasa bimbang atau gusar untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.

Dalam masa sama, Fadhlina mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini serta menyeru agar keluarga murid berkenaan diberi ruang dan privasi.

“KPM merakamkan takziah dan rasa sedih kita atas kejadian ini. Kita di peringkat KPM memberikan sepenuh sokongan kepada keluarga ketika ini dari segi sudut emosi dan psikososial,” katanya.

Baca juga: “Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×