Euforia Bola 2026
Famili

Polis Sahkan Punca Kematian Murid Tahun 4 Disebabkan Tekanan Pada Leher, Siasatan Rapi Dijalankan!

punca kematian

Punca kematian seorang murid lelaki Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah rendah di Senawang akhirnya terjawab selepas laporan bedah siasat dijalankan. Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun itu berpunca daripada tekanan pada bahagian leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan, pemeriksaan turut mengesahkan tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa.

Baca juga: “Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

punca kematian

Gambar Ahmad Hasbi (Harian Metro): Ibu bapa murid tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah ketika hadir di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah merakamkan keterangan daripada 27 individu setakat ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian serta keadaan semasa mangsa ditemui di dalam tandas.

“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus dan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan turut melibatkan saksi kanak-kanak,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan perjalanan siasatan.

Baca juga: “Ralat Dengan Apa Yang Berlaku, 10 Tahun Tunggu Zuriat” Luahan Pilu Bapa Bayi Kembar Selepas Tragedi Plaza Tol Bukit Kajang

Sebelum ini, Alzafny turut menjelaskan bahawa kes masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan bagi merungkai punca sebenar kejadian.

Untuk rekod, murid terbabit ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah pada Rabu sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta oleh guru disiplin. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights malam semalam.

Baca juga: Anak Kedua Linda Hashim & Beego Alami Luka Melecur Tahap Tiga, Tertumpah Kuah Makaroni Panas!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Ahmad Hasbi (NSTP) / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×