Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tok Kadi Buat Lawak Tak Kena Tempat, Cakap Dekat Pengantin Perempuan “Kalau Cerai, Jangan Risau, Ada Yang Tunggu”

tok kadi

Bagi setiap pasangan mempelai, mendapat Tok Kadi yang memudahkan urusan akad nikah adalah satu rezeki besar. Namun, tidak semua dalam kalangan anda bernasib baik.

Dalam perkongsian seorang jurugambar perkahwinan, tersingkap kisah yang agak janggal apabila Tok Kadi yang bertugas menunjukkan perangai kurang manis di hadapan tetamu dan kedua mempelai. Buat apakah itu?

Baca juga: 5 Bulan Dalam Islam Yang Disarankan Baik Untuk Mendirikan Mahligai Cinta

TOK KADI NIKAH TUNJUK SIFAT GATAL, “KALAU CERAI, ADA YANG TUNGGU..”

tok kadi

Foto hiasan.

Jurugambar majlis tersebut menceritakan semula situasi janggal tersebut di laman Thread.

“Betul ke nak kahwin dengan pengantin lelaki ni? Masih sempat lagi nak tukar,” gurau Tok Kadi itu kepada pengantin perempuan sebelum akad bermula.

Gurauan yang sepatutnya ringan, akhirnya menjadi sindiran yang kurang enak apabila disampaikan berulang kali. Jurugambar berkenaan menceritakan, Tok Kadi tersebut kelihatan memandang pengantin perempuan dengan cara yang menimbulkan rasa kurang selesa.

Malah, kata-katanya juga semakin keterlaluan apabila menyebut soal penceraian. “Kalau berlaku perceraian, jangan risau, ada yang menunggu,” katanya di hadapan tetamu.

Saat itu, wajah pengantin lelaki dikatakan mula berubah kerana jelas terganggu dengan suasana yang sepatutnya penuh khusyuk dan bermakna.

Bukan itu sahaja, Tok Kadi turut menguji pengantin lelaki dengan pelbagai bacaan surah, seakan sengaja mahu menguji hingga menimbulkan rasa malu. Majlis akad nikah yang sepatutnya berjalan ringkas akhirnya mengambil masa terlalu lama, membuatkan sebahagian tetamu bangun dan meninggalkan dewan kerana tidak selesa dengan cara yang ditampilkan.

Syukur, pernikahan itu akhirnya selesai juga walaupun penuh dengan detik janggal. Menurut keluarga pengantin, mereka langsung tidak mengenali Tok Kadi tersebut sebelum hari bersejarah itu berlangsung.

tok kadi

*Minta dijauhkan pengantin-pengantin semua berhadapan dengan situasi sebegini. Risau bertukar jadi kes gaduh!

Baca juga: Raja Muda Selangor Pilih Cik Afzaa Fadini Sebagai Pasangan Hidup, Istiadat Perkahwinan Diraja Oktober Ini

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×