Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Elak Tok Kadi Banyak Soal Ketika Majlis Akad Nikah, Emcee Kongsi 4 Benda PENTING Wajib Sedia Awal!

ijab kabul

Dalam proses pernikahan bagi yang beragama Islam di Malaysia, khususnya ketika berlangsungnya majlis ijab kabul, terdapat beberapa perkara penting yang perlu disediakan dengan teliti oleh bakal pengantin lelaki dan pihak berkaitan untuk dirujuk oleh tok kadi.

Baca juga: Berita Gembira Buat Pengantin Muda! Negeri Sembilan Tawar Bantuan RM500, Ini Syarat & Cara Mohon

EMCEE KONGSIKAN CHECKLIST YANG PERLU ADA KETIKA IJAB KABUL

ijab kabul

Foto: Threads @emcee.redha

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang emcee berkongsi beberapa perkara penting yang perlu disediakan sebelum majlis ijab kabul berlangsung. Menurutnya, perkara ini nampak kecil tetapi boleh menyebabkan kekeliruan dan melambatkan proses ijab kabul.

1. Mas kahwin dalam bentuk sebenar

ijab kabul

Foto: Gemini AI

Kini trend mas kahwin dipersembahkan dalam bentuk hiasan atau “frame” untuk tujuan kenang-kenangan semakin banyak dibuat oleh pengantin, tetapi bentuk sebenar dalam bentuk wang tunai yang akan diserahkan kepada pengantin perempuan perlu disediakan.

Ini merupakan elemen wajib dan akan disemak oleh pihak jurunikah sebagai bukti pelaksanaan akad yang sah.

2. Kad pengenalan (IC) asal pasangan

Dokumen pengenalan diri seperti MyKad atau kad pengenalan asal bagi kedua-dua pengantin adalah wajib dibawa.

Ia penting untuk pengesahan identiti serta memastikan segala maklumat yang direkodkan adalah tepat dan sah dari segi undang-undang serta syariah.

3. Alat tulis

Pen biasanya disediakan oleh pihak jurunikah, namun adalah lebih baik jika pasangan atau wakil turut membawa pen sendiri sebagai langkah berjaga-jaga bagi melancarkan proses pengisian dokumen sekiranya diperlukan.

4. Dokumen sokongan berkaitan perlu ada ketika majlis ijab kabul

Foto: Gemini AI

Selain itu, dokumen tambahan yang berkaitan seperti surat kebenaran berkahwin, borang nikah, atau dokumen sokongan lain yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri perlu disusun dan dibawa dengan lengkap.

Dinasihatkan agar semua dokumen penting dipegang dan diurus oleh seorang individu sahaja.

Ini dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen atau berlaku kekeliruan semasa proses penyerahan kepada pihak jurunikah. Walaupun hari pernikahan sinonim dengan keindahan dan kenangan manis, perkara penting dan asas initidak boleh diabaikan.

Dengan persediaan yang rapi, majlis ijab kabul dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, tertib dan penuh keberkatan selaras dengan tuntutan syarak serta prosedur rasmi di Malaysia.

Baca juga: 3 Contoh Lafaz Ijab Kabul & Kalau Guna ‘Aku Reda’ Sahaja Sah Ke?

Sumber: Threads @emcee.redha

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×