Euforia Bola 2026
Famili

“Waktu Angkat Badannya Ringan Macam Kertas!”- Lelaki Nekad Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun 3 Lemas

lubang kumbahan

Sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan digemparkan dengan satu tragedi memilukan apabila seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, 9, ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya.

Kisah ini bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi juga tentang kata-kata terakhir seorang anak kecil, luahan hati seorang ayah, dan keberanian seorang insan bergelar wira dalam proses menyelamat.

Baca juga: “Umar Love Zairul”- Dulu Main Bola & Sungai, Kini Terjumpa Surat Cinta Sesama Budak Lelaki…Apa Dah Jadi?

TRAGEDI BUDAK MAUT JATUH LUBANG KUMBAHAN, PERNAH LUAH “NAK MATI MASA KECIL MASUK SYURGA KE?”

lubang kumbahan

Menurut laporan, bapa mangsa, Khairol Rizal Mustafar, 42, tidak dapat menahan sebak mengenang kembali kata-kata anak tunggal lelakinya itu.

“Dia pernah bertanya pada saya, kalau budak meninggal masa kecil boleh masuk syurga terus ke? Katanya, kalau begitu, dia nak meninggal masa kecil. Saya anggap dia bergurau… rupanya itu petanda,” kata Khairol, yang juga Imam 2 Masjid Khairiah.

Abdul Fattah ditemukan lemas selepas hampir 10 minit terperangkap di dasar lubang kumbahan tersebut. Walaupun pasukan perubatan berusaha memberikan bantuan kecemasan, nyawa kecil itu akhirnya tidak dapat diselamatkan.

Pada hari kejadian itu, Khairol sendiri berada di sekolah kerana bertugas sebagai Yang Dipertua PIBG sempena kejohanan olahraga yang dirasmikan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.

“Saya mula panik bila diberitahu ada murid jatuh dalam lubang kumbahan. Saya cari anak-anak di padang, jumpa yang ketiga, tapi Abdul Fattah tak nampak. Bila kawan dia kata ‘Ustaz, Abdul Fattah tak ada,’ hati saya terus rasa tak sedap. Tak lama lepas tu, guru maklumkan mangsa itu anak saya sendiri,” katanya penuh hiba.

Difahamkan, Abdul Fattah tidak menyertai sebarang acara sukan kerana tidak terpilih dalam saringan, namun tetap hadir untuk memeriahkan majlis.

lubang kumbahan

Wira Tanpa Diduga Turun Menyelam Nak Selamatkan, “Badan Arwah Ringat Macam Angkat Sekeping Kertas..”

Foto: Hero yang sanggup turun menyelam dalam lubang kumbahan.

Dalam suasana panik, seorang bapa lain, Muhammad Arsyad Jahaya, 35, sanggup menggadai nyawa menyelam ke dalam lubang kumbahan demi menyelamatkan Abdul Fattah.

“Waktu saya turun, air hitam itu tenang… macam tak ada apa-apa. Tapi bila topi dan kasut arwah timbul, saya yakin dia memang di bawah. Saya selam, pegang bawah ketiaknya, dan tolak ke atas supaya orang di atas dapat sambut,” kata Arsyad yang juga seorang juruvideo.

Walaupun sedang dalam proses pemulihan selepas kemalangan yang menyebabkan kecederaan di rusuk, Arsyad tetap nekad menyelamatkan mangsa.

“Badan arwah rasa sangat ringan, macam angkat sekeping kertas. Saya percaya semua itu dipermudahkan Allah. Mungkin malaikat yang membantu ketika itu,” ujarnya dengan penuh rasa syukur, walaupun terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan Abdul Fattah dalam keadaan bernyawa.

Kehilangan Abdul Fattah meninggalkan luka yang sukar terubat buat keluarganya. Kata-kata kecilnya dahulu kini menjadi ingatan terakhir yang penuh makna, seolah-olah dia memang tahu bahawa perjalanan hidupnya di dunia ini singkat.

Dalam tragedi duka ini, terpancar kasih seorang ayah, keberanian seorang insan bergelar wira, dan satu peringatan bahawa ajal tidak mengenal usia. Salam takziah kami ucapkan dan semoga ada pihak berkuasa boleh tingkatkan keselamatan fasiliti di sekitar kawasan kejadian.

Baca penuh: Budak 6 Tahun Main Sendirian Masukkan Guli Dalam Miss V, Doktor Sahkan Selaput Dara Terkoyak!

Sumber: YB Asna, Sinar Harian 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×