Setiap kali menghampiri saat kelahiran, ramai ibu hamil mula mencari ikhtiar dan petua tradisional untuk memudahkan proses bukaan bersalin.
Menariknya, antara salah satu petua yang secara tiba-tiba tular di media sosial adalah petua minum air Milo panas yang dicampur dengan mentega, marjerin atau planta. Betul ke?
MINUM AIR MILO PANAS CAMPUR MENTEGA, PETUA BUKAAN BERSALIN DENGAN CEPAT?

Seorang ibu berkongsi pengalamannya yang mengejutkan ramai. Katanya, selepas mengamalkan minuman tersebut, beliau merasakan perubahan yang sangat cepat pada tubuhnya.
“Saya minum malam, dan selepas Subuh asyik rasa nak buang air. Tidak lama kemudian keluar lendir bercampur darah. Bila ke hospital, doktor sahkan jalan sudah terbuka 3cm. Terus dimasukkan ke wad, dan hari itu juga saya bersalin. Alhamdulillah, sakit pun tidak terlalu terasa,” katanya.
Namun begitu, ibu ini mengingatkan agar ibu hamil tidak mencuba petua ini terlalu awal, khususnya sebelum kandungan mencecah 37 minggu.
“Kalau baru 34 minggu, jangan cuba sebab bayi masih belum matang. Petua ini lebih sesuai diamalkan selepas 37 minggu ke atas, bila bayi sudah bersedia untuk dilahirkan,” ujarnya.
Amalan Selawat & Doa Jangan Lupa

Foto: freepik
Menariknya, dalam perkongsian tersebut ada ibu yang sudah berpengalaman melahirkan lima orang anak mendedahkan air Milo panas dicampur marjerin serta selawat 11 kali menjadi amalan rutinnya sebelum bersalin.
“Alhamdulillah, setiap kali Allah permudahkan. Selain itu, doa Nabi Yunus saya selalu amalkan untuk tenangkan hati,” tambahnya lagi.
Walaupun ada ibu-ibu yang mengakui keberkesanan petua ini, pakar kesihatan tetap menekankan bahawa setiap tubuh ibu hamil berbeza. Ada yang sesuai, ada juga yang mungkin tidak memberi kesan langsung.
Doktor menyarankan agar ibu hamil tetap mengutamakan pemeriksaan kesihatan di hospital dan tidak bergantung semata-mata kepada petua tradisional. Yang penting, keselamatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan.
@nadiahalyza210 Taktahu la betul atau sekadar mitos minum ni boleh buat bukaan buka dgn cepat. tapi kita cuba jelah selagi tak memudaratkan. Korang tolong doakan nadia cepat bersalin & dapat bersalin secara normal tau. #bersalin ♬ original sound – The Selawat
Baca juga: “Makin Dekat Due, Makin Teruk” – Wanita Diuji Dengan Masalah Kulit Ketika Hamil, 90% Wajah Bertukar!
Sumber: Tiktok @nadiahalyza210
