Euforia Bola 2026
40 Minggu

Walaupun Bukaan Bersalin Baru 2cm, Tak Semestinya Boleh Balik Rumah. Doktor Jelas Sebabnya…

BUKAAN BERSALIN 2cm

Biasanya, pada bukaan bersalin 2cm, ibu hamil mungkin tidak mengalami kontraksi yang kerap dan meminta untuk pulang ke rumah sehingga bukaan sepenuhnya.

Namun, menerusi perkongsian Dr Izzat di laman TikToknya, walaupun bukaan bersalin ketika itu hanya 2cm, tetapi terdapat beberapa faktor lain perlu diketahui sebelum membenarkan pesakit pulang ke rumah.

Baca juga: Bila Isteri Hari Pertama Haid, Jangan Buat Lawak! Sekali Sekala Cuba Bancuhkan Teh Panas

BUKAAN BERSALIN 2CM KADANG-KADANG BOLEH BUKA SEPENUHNYA

BUKAAN BERSALIN 2cm

Saya mengakui memang proses bersalin ini tidak dapat dijangka. Kadang-kadang dari 2cm boleh terus buka sepenuhnya dalam beberapa saat. Doktor sendiri tidak tahu bila pesakit akan bersalin. 

Jadi mereka yang datang dengan bukaan bersalin bawah 3cm, sebelum doktor suruh balik rumah, akan ada beberapa perkara yang perlu dinilai terlebin dahulu seperti:

1. Jarak rumah dengan tempat bersalin

Pengangkutan yang ada untuk bawak pesakit ini ke hospital dan berapa cepat dia boleh sampai. Ada tak orang yang diperlukan jika berlaku apa-apa kecemasan.

2. Bergantung pada kondisi pesakit

Kadang-kadang walaupun bukaan bersalin baru 2cm, tetapi ada juga yang perlu tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Terutamanya jika kontraksi menjadi lebih kerap dan sakit yang berpanjangan. Semua orang tak sama proses bersalinnya.

3. Polisi hospital dan lain-lain

Akhir sekali, sesetengah doktor tidak membenarkan anda pulang ke rumah walaupun bukaan bersalin 2cm kerana ia merupakan polisi hospital dan beberapa faktor lain.

Ada pesakit yang doktor perlu buat pemeriksaan setiap 4-6 jam. Jika bukaan cervix masih sama dan kontraksi lebih kurang, anda dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Nak benarkan pesakit pulang ke rumah bukan sahaja tengok pada bukaan bersalin sahaja. Doktor perlu tengok semuanya dan buat keputusan.

Jadi, ibu hamil dinasihatkan agar sentiasa mendengar keputusan yang diberikan oleh doktor. Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca SirapLimau di luar sana.

Baca juga: “Jangan Sia-Siakan Dia…” – Sikap Isteri Ini Raih Pujian, Tak Ramai Sanggup Susah Senang

Sumber: TikTok Dr Izzat 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×