Euforia Bola 2026
Didik

Guru Ini Tunjuk Cara Ajar Anak-Anak Mahir Membaca Bahasa Inggeris, Guna Game Simple Tapi Power!

contoh aktiviti interaktif

Penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris sering menjadi cabaran di sekolah rendah. Ramai guru mencari pendekatan dan contoh aktiviti interaktif agar murid bukan sahaja faham teks, malah aktif berinteraksi sepanjang proses pembelajaran.

Salah satu kaedah inovatif yang diperkenalkan ialah Read and Cup Game, aktiviti yang menggabungkan bacaan, kerjasama, dan elemen permainan. Bukan sahaja di sekolah tapi di rumah ketika cuti sekolah ini pun masih boleh mak ayah cuba lakukan!

Baca juga: Fenomena ‘Agungkan’ Watak Syaitan K-Pop Demon Hunters, Bapa Dedah Maksud Tersirat Boleh Terpesong!

CONTOH AKTIVITI INTERAKTIF UNTUK ANAK FASIH BAHASA INGGERIS, BUAT ‘READ AND CUP GAME’

contoh aktiviti interaktif

Berdasarkan perkongsian seorang guru bernama Soffea Rahim, cabaran utama dalam kelas ialah memastikan setiap murid terlibat secara aktif. Kadang-kadang bila buat aktiviti berkumpulan, kita akan nampak ada seorang dua yang “dominate” sementara yang lain sekadar menjadi penonton. Kalau beri kerja individu pula, lembaran kerja biasa sudah terlalu klise dan murid cepat bosan.

Jadi, bagaimana nak pastikan semua murid sama-sama terlibat, seronok dan pada masa yang sama belajar dengan efektif Jawapannya: Read and Cup Game!

Barang-barang yang diperlukan:

1. Kertas mahjong – Sediakan 8 set (ikut bilangan kumpulan). Pada setiap kertas, lukiskan atau tampal gambar langkah pembuatan coklat. Susunan gambar sengaja dikacau supaya murid perlu fikir semula ikut teks.

2. Cup and String Set – Setiap kumpulan dapat 6 cawan bernombor (1–6). Setiap cawan diikat dengan tali yang bersambung pada getah. Semua murid dalam kumpulan perlu pegang tali.

3. Teks bacaan – Sediakan teks ringkas tentang proses pembuatan coklat.

Cara Main:

1. Murid membaca teks dengan teliti.

2. Berdasarkan teks, mereka perlu meletakkan nombor pada gambar menggunakan cawan bernombor, ikut urutan sebenar.

3. Untuk elakkan meneka, guru minta murid baca kuat bahagian teks yang membantu mereka tentukan susunan.

4. Disebabkan semua orang wajib pegang tali untuk gerakkan cawan, maka semua murid automatik terlibat.

Kelebihan Aktiviti:

  • Murid membaca teks dengan lebih fokus kerana perlu cari maklumat.
  • Semua murid aktif, tiada yang jadi pemerhati sahaja.
  • Boleh guna semula set cawan dan tali untuk aktiviti lain, hanya tukar teks dan gambar sahaja.
  • Suasana kelas jadi lebih hidup, penuh kerjasama dan seronok.

Walaupun nampak sedikit renyah pada awalnya untuk menyediakan set permainan ini, hakikatnya ia pelaburan sekali sahaja. Selepas itu, guru atau mak ayah hanya perlu tukar teks dan gambar mengikut tajuk pembelajaran. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah menjadikan pembelajaran lebih bermakna kerana semua murid terlibat secara aktif.

contoh aktiviti interaktif

Guru ini berjanji untuk kongsikan lagi variasi permainan lain di masa akan datang dan yang pasti, aktiviti sebegini memang wajar dicuba oleh lebih ramai pendidik.

Baca juga: “Ibu, Dia Slayy AF!” – Mak Ayah Wajib Tahu 37 Slang Gen Z Anak Selalu Guna INI Untuk Faham ‘Dunia’ Mereka!

Sumber: Soffea Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×