Di aplikasi Threads, tular satu perkongsian daripada seorang wanita yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet tentang topik goodies kenduri.
Perkongsiannya berkenaan pengalaman menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin baru-baru ini mendapat perhatian ramai kerana menyentuh isu yang dianggap kecil, namun memberi kesan kepada tetamu yang hadir.
Baca juga: Pelancong Di Langkawi Merosot 39% Sempena Cuti Hari Malaysia, Ramai Pilih Pergi Negara Jiran
TUAN RUMAH BAGI GOODIES KENDURI UNTUK SALAM KAUT, ADIL KE

Menurut wanita tersebut, dia menghadiri sebuah kenduri kahwin dan seperti kebiasaan, setelah selesai menikmati hidangan, beliau pergi bertemu tuan rumah untuk mengucapkan terima kasih. Namun, terdapat satu perkara yang menarik perhatiannya.
“Tadi pergi kenduri kahwin, seperti biasa lepas makan haruslah jumpa tuan rumah nak ucap terima kasih kan. Macam biasa juga tuan rumah akan sediakan goodies untuk dibawa pulang.
Apa yang saya nampak ialah goodies hanya diberikan kepada tetamu yang ‘salam kaut’ dengan tuan rumah,” tulisnya.
Menurutnya, bukan isu tidak menerima goodies yang ingin dibangkitkan. Sebaliknya, apa yang membuat dia tertanya-tanya adalah layanan yang berbeza-beza terhadap tetamu, seolah-olah pemberian goodies itu bersyarat.
Perkongsian itu membuka ruang perbincangan yang luas dalam kalangan pengguna Threads. Ramai yang tampil berkongsi pengalaman serupa dan mengakui mereka pernah terasa hati apabila layanan yang diberikan bergantung kepada sumbangan, bukan kehadiran ikhlas sebagai tetamu.
“Saya pernah hadir kenduri seorang kenalan. Datang dari jauh, siap bawa anak-anak kecil. Tapi sebab tidak hulur wang masa bersalam, tuan rumah pandang pun tidak. Rasa seperti tidak dialu-alukan. Kalau goodies memang untuk yang beri duit sahaja, lebih baik maklum awal. Supaya tidak ada rasa kecil hati,” komen pengguna media sosial.
Dalam perbincangan itu juga, beberapa pengguna turut memahami situasi tuan rumah. Mereka mengatakan bahawa menguruskan sesebuah majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dari segi kos.
Namun, ramai yang berpendapat bahawa tetamu hadir membawa lebih daripada sekadar wang, mereka membawa doa, masa dan tenaga.
Baca juga: Ramai Perempuan Haid Dilarang Memandikan Jenazah, Tapi Sebenarnya Boleh Atau Tidak?
Sumber: Threads
