Musim kenduri kahwin kini kembali rancak, apatah lagi ketika cuti sekolah dan cuti umum yang panjang. Selain hidangan yang disajikan, doorgift kahwin juga sering dinantikan sebagai buah tangan untuk tetamu bawa pulang.
Namun, baru-baru ini muncul satu fenomena yang mencetuskan perdebatan hangat apabila pemberian anak ayam berwarna hidup-hidup sebagai door gift semasa majlis. Sebenarnya ini dibenarkan atau tidak?
Baca juga: Hati-Hati Wahai Lelaki, Peguam Syarie Bongkar Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Bawa Masalah!
DOORGIFT KAHWIN BAGI ANAK AYAM WARNA-WARNI HIDUP CETUS KONTROVERSI!

Foto majlis.
Majlis perkahwinan pasangan mempelai Nikman dan Anis di Kampung Sungai Malau Luar menjadi bualan ramai apabila tetamu diraikan dengan cara yang sangat luar biasa. Menerusi perkongsian ramai, tetamu pulang dengan buah tangan unik yang jarang sekali dilihat iaitu anak ayam berwarna-warni, anak itik dan juga arnab hidup.
Walaupun ada yang menganggap pemberian haiwan hidup ini sebagai idea kreatif dan ‘rare’, tidak semua melihatnya dari sudut positif.
Sebuah NGO, Stray Free Foundation, tampil mengkritik keras tindakan tersebut dengan menyifatkannya sebagai eksploitasi haiwan. Menurut mereka, proses mewarnakan bulu anak ayam menggunakan bahan kimia boleh mendatangkan tekanan, kecederaan, bahkan risiko kesihatan yang serius kepada haiwan kecil itu.
Lebih membimbangkan, kebajikan haiwan yang dijadikan door gift ini sering terabai kerana tidak semua penerima mampu atau bersedia menjaganya dengan baik. Mungkin ada juga yang buang anak ayam ini?
Boleh dikenakan tindakan undang-undang!

Isu ini bukan sekadar soal unik atau kreatif semata-mata. Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), menjadikan haiwan peliharaan sebagai hadiah atau door gift boleh dianggap satu bentuk kesalahan kerana ia tergolong sebagai eksploitasi dan kegagalan menjaga kebajikan haiwan.
Sekiranya disabitkan, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang! Hadiah yang unik tidak semestinya perlu melibatkan nyawa haiwan. Mungkin sudah tiba masanya masyarakat lebih peka dalam meraikan majlis dengan cara kreatif tetapi tetap beretika dan berperikemanusiaan.
*Kasihan haiwan kecil ini terperangkap dalam kotak dalam tempoh yang lama…
Baca juga: 100 Barang Punca Aura Negatif & Jadi ‘Port’ Makhluk Lain Dalam Rumah, Kita Patut Ucapkan ‘Bye Bye!’
Sumber: stray.freedoundation, X
