Penawar batuk berpanjangan sering dicari ramai, lebih-lebih lagi apabila keadaan tekak terasa perit dan tidak selesa. Selain mendapatkan rawatan di klinik, ada juga yang mengamalkan cara tradisional sebagai ikhtiar untuk melegakan batuk.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Noorul Hidayah, berkongsi satu petua ringkas yang menurutnya berkesan mengurangkan rasa sakit tekak dan batuk yang berpanjangan. Dia menegaskan bahawa amalan ini bukan untuk menggantikan ubat doktor, sebaliknya sebagai penawar alami yang boleh dicuba di rumah.
Baca juga: Nampak Biasa Tapi Air Barli Ini ‘Power’ Untuk Buah Pinggang, Patutlah Nenek Kita Amalkan!
PENAWAR BATUK BERPANJANGAN GUNA OREN

Gambar Noorul Hidayah
Menurut perkongsian tersebut, bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati di dapur. Hanya perlukan:
- Sebiji oren (tak perlu kupas kulit)
- Beberapa batang kulit kayu manis
- 10 hingga 15 kuntum bunga cengkih
- 800ml air (lebih kurang 3 gelas).
- Semua bahan ini perlu direbus menggunakan api perlahan sehingga mendidih.
- Selepas siap direbus, minuman itu dibiarkan sejuk sehingga suam sebelum diminum.
Noorul Hidayah menasihatkan agar ia diminum dua kali sehari. Jika mahu rasa manis, boleh ditambah madu atau pemanis lain, namun tanpa sebarang tambahan pun sudah memadai.
Katanya, minuman suam sebelum tidur mampu membuatkan tekak yang perit terasa lebih lega apabila bangun keesokan paginya.
“Kalau saya tak tambah apa-apa, cukup minum suam-suam sebelum tidur. Esok pagi bangun dah lega rasa tekak yang perit,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Baca juga: Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!
Petua ini mendapat perhatian kerana ramuan yang digunakan memang terkenal dengan khasiat semula jadi.
Oren kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan imun badan, kulit kayu manis pula dipercayai mempunyai sifat antibakteria, manakala bunga cengkih sering digunakan untuk melegakan batuk dan sakit tekak.
Walaupun begitu, menurut pakar kesihatan, sebarang rawatan alternatif perlulah diambil dengan berhati-hati. Jika batuk berpanjangan atau disertai gejala lain seperti demam panas dan sesak nafas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ia bukan masalah kesihatan serius.
Dengan ikhtiar mudah ini, sekurang-kurangnya ada pilihan penawar alami yang boleh dicuba di rumah untuk membantu melegakan batuk.
Baca juga: Ulam Biasa Tapi Khasiatnya Luar Biasa, Kehebatan Pokok Jarum Tujuh Bilah Bantu Lawan Sel Kanser
Sumber: Noorul Hidayah
FT Image: KamranAydinov / iStockPhoto
