Euforia Bola 2026
Dapur

Pesakit Autoimun Kongsi Ramuan Ubat Batuk Berkesan, Orang Cina Zaman Dulu Selalu Amalkan!

ramuan ubat batuk

Ramuan ubat batuk tradisional yang diamalkan sejak dahulu kala menjadi perhatian selepas dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook, terutama bagi mereka yang mengalami batuk berpanjangan dan sukar sembuh.

Menerusi perkongsian oleh Nor Hasnah Abdul Kadir, memaklumkan ramuan tersebut sering menjadi amalan peribadinya. Hal ini kerana, Hasnah merupakan pesakit autoimun yang mudah mengalami batuk dan mengambil masa lama untuk pulih.

Baca juga: Tengah Cuba Dapatkan Zuriat? Ini Makanan Pantang Wajib Elak Yang Ramai Buat Dan Berjaya Hamil

RAMUAN UBAT BATUK BERKESAN AMALAN KAUM CINA ZAMAN DULU

ramuan ubat batuk

Gambar Nor Hasnah Abdul Kadir

Menurutnya, resipi berkenaan merupakan amalan tradisional kaum Cina yang diwarisi sejak zaman dahulu, selain pernah dikongsikan oleh individu lain sebagai ilmu kesihatan semula jadi yang mudah diamalkan di rumah.

Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai apabila Hasnah mencadangkan ramuan tersebut untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak mengalami batuk lama dan sukar kebah, selain mudah disediakan menggunakan bahan asas.

Lebih menarik, ramuan ini juga boleh diperam dan digunakan dalam tempoh yang lama, malah dipercayai semakin lama diperam, semakin baik khasiatnya.

Baca juga: Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!

ramuan ubat batuk

Gambar Nor Hasnah Abdul Kadir

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan madu
  • Air (¾ botol atau balang)
  • Limau dan asam boi (kuantiti sama banyak)

Cara penyediaan:

  1. Bancuh madu bersama air dan masukkan ke dalam botol kaca atau plastik.
  2. Belah dua limau, tetapi jangan putus sepenuhnya.
  3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
  4. Masukkan asam boi ke dalam limau yang telah dibelah.
  5. Masukkan limau tersebut ke dalam botol berisi air madu tadi.
  6. Biarkan ramuan ini diperam. Semakin lama tempoh perapan, semakin baik hasilnya.

Cara pengambilan

  1. Ambil 2 sudu makan ramuan.
  2. Bancuh dengan air suam sebelum diminum.

Menurut perkongsian tersebut, cara pengambilan madu yang dibancuh dengan air suam membantu penyerapan lebih cepat oleh badan.

Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia

Sumber: Facebook Nor Hasnah Abdul Kadir

FT Image: Nor Hasnah Abdul Kadir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×