Euforia Bola 2026
Sihat

Hilangkan Hidung Tersumbat & Batuk Dengan Bawang Merah Dalam Stoking, Ini Cara Nak Buat!

CARA HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

Sedang mencari cara hilangkan hidung tersumbat yang cepat dan berkesan, terutamanya pada waktu malam? Hidung tersumbat bukan sahaja mengganggu pernafasan, tetapi juga boleh menjejaskan kualiti tidur terutamanya untuk anak kecil.

Salah satu kaedah semula jadi yang semakin mendapat perhatian ramai adalah penggunaan bawang merah dan petua tradisional ini dikatakan mampu membantu melegakan saluran pernafasan tanpa perlu bergantung pada ubat.

Baca juga: Trend Minum Air Matcha, Tapi Awas! Minum Berlebihan Boleh Ganggu Kitaran Haid?

CARA HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT, LETAK INI DALAM STOKING

CARA HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

Caranya mudah sahaja, ambil sebiji bawang besar merah, potong kepada beberapa kepingan nipis dan letakkan potongan itu di dalam stoking. Pakai stoking tersebut dan biarkan selama 20 minit hingga satu jam, kemudian tanggalkan sebelum tidur.

Walaupun kedengaran pelik, ramai yang berkongsi bahawa kaedah ini ternyata membantu melegakan saluran pernafasan dan mengurangkan batuk.

Bawang mengandungi sebatian sulfur yang mempunyai ciri antibakteria dan anti-radang. Apabila bawang diletakkan dekat dengan kulit, aroma dan wap semula jadinya dipercayai membantu membuka saluran hidung yang tersumbat serta merangsang peredaran darah di kaki.

CARA HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT

Freepik

Kaedah ini sesuai dicuba untuk anak-anak yang sukar tidur kerana batuk berkahak atau hidung tersumbat, terutamanya jika anda mahu mengelakkan penggunaan ubat-ubatan pada waktu malam.

Walaupun tiada bukti saintifik kukuh yang menyokong sepenuhnya keberkesanan petua ini, ia merupakan alternatif semula jadi yang selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Namun, jika gejala berpanjangan atau semakin teruk, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor. Petua ini boleh dijadikan ikhtiar sementara, tetapi rawatan perubatan masih perlu diutamakan.

Semoga artikel cara hilangkan hidung tersumbat dan batuk ini boleh memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Lapar Itu Ubat, Bukan ‘Musuh’! Boleh Matikan Sel Kanser & Kekal Muda Bila Amalkan Selalu

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×