Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan seorang anggota tentera hilang di kawasan Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor sejak lebih seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan bahawa individu yang dilaporkan hilang itu dikenali sebagai Muhammad Ammar Mohd Ariffin, berusia 27 tahun.
Baca juga: “Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia”- Ibu Kongsi Pemergian Anak, Jatuh Baby Bouncer Ketika Di Dapur
ANGGOTA TENTERA HILANG SEJAK SEMINGGU LALU, POLIS SEDANG SIASAT

Menurut beliau, pada jam 6 petang, 24 Ogos lalu, rakan sebilik mangsa yang turut menyertai kursus telah cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya didapati tidak aktif.
“Satu laporan polis telah dibuat pada 25 Ogos jam 4.16 petang oleh anggota TUDM dari Institut Latihan Pengurusan Material (Insmat), Bandar Kinrara selepas Muhammad Ammar gagal hadir semula untuk Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan,” jelasnya.
Kakak mangsa, Anis Aqilah Mohd Ariffin, turut memaklumkan bahawa keadaan emosi ibu mereka tidak menentu sejak kehilangan adiknya itu.
“Mama sentiasa menangis rindukannya dan mengadakan solat hajat untuknya. Mama sangat berharap adik menghubungi keluarga dan kita bersama-sama menyelesaikan sebarang masalah jika ada,” katanya.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222 atau 03-80713136.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa kakak kepada mangsa, menerusi satu hantaran di akaun TikTok @qienis_, memaklumkan adiknya keluar dari kem pada 22 Ogos untuk menghadiri kursus di Insmat, Puchong sebelum dilaporkan tidak dapat dikesan.
Baca juga: Pasangan Nigeria Lahirkan Bayi Kulit Putih & Mata Biru, Fenomena Luar Biasa Tapi Ini Sebabnya!
Sumber: Kosmo
