Menjadi anak yatim piatu pada usia yang begitu muda adalah satu kehilangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tanpa belaian kasih ibu dan bimbingan seorang ayah, dunia seorang anak terasa sunyi, sepi dan kosong.
Hal ini sama seperti satu video yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berbaring di antara dua pusara iaitu milik ibu dan ayahnya.
Baca juga: Anak Erra Fazira Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Pilih Sambung A-Level
ANAK YATIM PIATU BARING DI PUSARA IBU & AYAH LEPASKAN RINDU

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, anak yatim piatu itu hanya berbaring beralaskan tikar, seolah-olah cuba mengisi kekosongan rindu terhadap insan yang paling disayangi.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @yourjulliet itu memaparkan adik lelakinya dalam keadaan penuh sebak, seakan ingin merasakan kembali dakapan ibu dan pelukan ayah yang telah tiada.
Menurut perkongsian tersebut, si ibu telah meninggal dunia ketika melahirkan adik bongsu itu pada tahun 2018. Manakala si ayah pula dijemput Ilahi akibat serangan angin ahmar pada bulan Jun yang lalu.
Kini, anak-anak tersebut dijaga oleh nenek di sebelah keluarga arwah ayah. Mereka lima beradik dan saling bergantung antara satu sama lain untuk terus kuat menghadapi ujian hidup.
Meninjau ruangan komen, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa hiba melihat situasi tersebut. Ramai yang mendoakan agar adik kecil itu dan adik-beradiknya diberi ketabahan serta dipermudahkan urusan masa depan mereka.
“Keadaan adik ini seumpama Rasulullah, yatim piatu sedari kecil. Lindungilah adik ini ya Allah. Hiasi dirinya dengan akhlak Rasulullah dan bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat,” komen salah seorang pengguna media sosial.
Baca juga: Dikritik Gayakan Anak Macam Dewasa & Guna Gelaran ‘Mini Wife’, Bapa Tunggal Beri Penjelasan
Sumber: TikTok Yourjulliet
