Euforia Bola 2026
Famili

Baru Kehilangan Ibu Bapa, Rantai Emas Kenangan Anak Yatim Piatu Pula Dicuri…Ada Kesan Lebam ‘Direntap’

rantai emas

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…” Begitulah perasaan yang dirasai ramai apabila kisah tragis pasangan suami isteri, Farah dan Nurihsan Nordin, tular di media sosial minggu lalu. Pasangan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Machang ini meninggalkan dua cahaya mata namun, terjadi pula satu lagi kisah melibatkan kehilangan rantai emas anak yatim ini.

Menurut perkongsian Puan Wan Samira, waris terdekat pasangan berkenaan, rantai emas milik anak bongsu mereka, Alisya, dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika kejadian menyayat hati itu berlaku!

Baca juga: Pencinta Gelang Emas Pandora Kena Hati-Hati Dengan 5 Design Ini, ‘Pakar’ Cakap Cantik Tapi Berisiko Rugi!

MAK AYAH DIJEMPUT ILLAHI DALAM KEMALANGAN, RANTAI EMAS ANAK DICURI HINGGA ADA KESAN LEBAM

rantai emas

Si kecil memakai rantai emas yang ditempah.

“Alisya cakap dia pakai rantai tu… Afiya pun cakap adik dia memang selalu pakai rantai ni,” tulis Wan Samira yang merupakan ahli keluarga juga kepada anak kecil ini dalam perkongsian di laman Facebook.

Menurutnya, rantai berharga itu bukan sekadar perhiasan biasa kerana ia mempunyai nilai sentimental tinggi kerana ditempah khas untuk si kecil dan menjadi kenangan terakhir daripada arwah ibu bapanya.

Keluarga berkenaan kini merayu agar si pelaku memulangkan semula rantai emas tersebut, sambil berharap tiada kedai emas yang menerima atau memperdagangkannya. Mereka turut menyeru agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau rakaman CCTV berkaitan tampil membantu agar keadilan dapat ditegakkan.

rantai emas

Foto: Mak ayah yang terlibat dalam kemalangan di Machang.

“Wahai peragut rantai anak yatim piatu ini… pulangkanlah balik. Itu harta anak kecil yang sudah kehilangan segalanya,” luah Wan Samira penuh sebak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu. Ramai turut mendoakan agar pencuri tersebut menerima balasan setimpal serta semoga rantai itu kembali ke tangan si kecil yang tidak berdosa.

“Siapa yang pakai dan gadai rantai ini akan buruk tangan sebab ambil harta ank yatim!” tulis netizen.

Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!

Sumber: Wan Samira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×