Euforia Bola 2026
Famili

Baju Berkedut, Tudung Senget… Murid Darjah 1 Datang Sekolah Sehari Selepas Ibu Meninggal, Air Mata Guru & Netizen Tumpah

anak kehilangan ibu

Tiada seorang pun anak yang benar-benar bersedia untuk berpisah dengan ibu bapa buat selama-lamanya. Anak kehilangan ibu atau bapa di usia kecil itu lebih perit kerana seluruh hidup mereka masih bergantung kepada kasih dan perhatian orang tua.

Baru-baru ini, tular kisah menyayat hati di media sosial apabila seorang guru berkongsi pengalaman tentang muridnya yang kehilangan ibu tersayang pada 17 Ogos lalu dan datang sekolah dalam keadaan baju berkedut…

Baca juga: “Ikut Genetik Suami Tinggi Lampai, Bukan Tak Cukup Makan”- Mira Filzah Buka Mulut Isu Orang Cakap Anak Kurus

ANAK KEHILANGAN IBU BARU SEMINGGU, CIKGU SEBAK TENGOK DATANG SEKOLAH BAJU TAK TERURUS

anak kehilangan ibu

Foto hiasan.

“Ibu murid darjah 1 saya meninggal dunia Ahad minggu ini selepas seminggu bertarung nyawa di ICU akibat kemalangan,” tulis guru itu di laman sosial.

Lebih menyentuh hati, murid tersebut kembali ke sekolah seperti biasa walaupun jelas tergambar kesedihan pada dirinya. Baju berkedut, tudung senget, itulah keadaan anak kecil yang sepatutnya masih dijaga rapi namun bukan bagi dirinya yang diuji dengan dugaan besar sebegini.

“Baju berkedut, tudung senget… tapi dia masih tersenyum, duduk senyap-senyap buat kerja macam selalu,” kongsi guru itu.

Menurutnya lagi, hati seorang pendidik pastinya sebak melihat keadaan murid itu bersama abangnya yang juga kini kelihatan tidak terurus selepas pemergian ibu mereka. Namun, ada sesuatu yang cukup menyentuh hati iaitu sikap rakan sekelas yang menyambut kehadiran murid itu dengan penuh kasih.

“Saya pesan awal-awal kepada kawan-kawannya, jangan tinggalkan dia. Sentiasa teman. Alhamdulillah, mereka pegang tangannya, bawa ke kantin… cikgu pun tak mampu tahan air mata,” tambahnya.

Guru itu turut berkongsi keadaan abang murid tersebut yang berada di tahun 3. Jika sebelum ini sentiasa tampil kemas, kini kelihatan sebaliknya.

“Bajunya selalu licin, rapi. Hari ni nampak selekeh, terus rasa luluh hati,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa simpati terhadap dua beradik itu. Tidak kurang juga yang meluahkan ketakutan sendiri sekiranya ditakdirkan pergi terlalu awal, meninggalkan anak-anak masih kecil.

“Saya ada penyakit kronik, dan inilah ketakutan paling besar. Bukan takut mati, tapi takut tinggalkan anak,” kata seorang netizen.

“Saya dulu umur 11 tahun dah tak ada mak. Hidup memang perit, semuanya kena buat sendiri,” tulis yang lain.

anak kehilangan ibu

Foto hiasan.

Ada juga yang sebak kerana walaupun sudah dewasa, mereka sendiri masih tidak mampu bayangkan hidup tanpa ibu bapa. Jadi, buat anda yang berada di dalam situasi sama seperti anak kecil ini, terus kuat dan insyaAllah bertemu semula di syurga yang abadi nanti.

Baca juga: Anak Sihat & Ceria Ketika Dihantar Ke Rumah Pengasuh, Pulang Dengan Muka Penuh Berbirat Luka!

Sumber: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×