Euforia Bola 2026
Famili

7 Anak Menyusu Badan Penuh Sampai Gigi Isteri Rapuh, Suami Sanggup Habis RM26K Implan Gigi Baharu!

Bagi sesetengah wanita, proses menyusu badan nampak macam sesuatu yang mudah kerana fikir sekadar ibu menghilangkan ‘dahaga’ bayi. Hakikatnya, proses ini jauh lebih mencabar daripada yang disangka.

Ia bukan sahaja menuntut tenaga fizikal, malah menguji ketahanan emosi seorang ibu. Hal ini kerana, ada juga dalam kalangan ibu yang dahulu mungkin cantik seperti anak dara, gara-gara menyusu anak dilihat semakin tidak terjaga dari segi fizikal…

Baca juga: “Makin Dekat Due, Makin Teruk” – Wanita Diuji Dengan Masalah Kulit Ketika Hamil, 90% Wajah Bertukar!

ISTERI MENYUSU BADAN 7 ORANG ANAK SAMPAI GIGI RAPUH, SUAMI BELANJA GIGI BAHARU!

menyusu badan

Baru-baru ini, seorang public figure, Tuan Mohd Yazid Ismail berkongsi kisah pengorbanan isterinya yang membuat ramai sebak. Pasangan ini dikurniakan 7 cahaya mata, dan setiap seorang telah mendapat susu badan sepenuhnya daripada isteri beliau, Puan Widyana Ali. Baginya, hanya susu ibu yang mampu memberikan khasiat terbaik untuk anak-anak.

Namun, pengorbanan itu tidak datang tanpa harga. Disebabkan kalsium tubuhnya banyak ‘disalurkan’ kepada anak-anak, Puan Widyana mengalami masalah gigi rapuh. Beberapa batang gigi geraham terpaksa dicabut kerana terlalu lemah. Demi memastikan kesihatan isteri terjaga, Tuan Yazid sanggup berbelanja besar sebanyak RM26,000 untuk dua batang implan gigi.

Bukan kerana tidak mahu mendapatkan rawatan di pusat perubatan awam, tetapi tempoh menunggu yang panjang membuatkan beliau memilih jalan lebih cepat demi keselesaan isteri tercinta.

“Demi Dia, Saya Sanggup”

menyusu badan

Seperti mana isterinya berkorban tubuh dan kesihatan demi membesarkan anak-anak, begitu jugalah usaha Tuan Yazid dalam menghargai pengorbanan itu. Nilai puluhan ribu ringgit bukanlah kecil, tetapi bagi beliau, tiada harga yang mampu menandingi jasa seorang isteri.

“Mungkin nampak banyak, tapi demi kebaikan dia, saya sanggup. Saya yakin Allah akan gantikan dengan keberkatan lain, insyaAllah,” kata beliau.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa di sebalik senyuman seorang ibu, ada pengorbanan yang tidak semua orang nampak. Dan di sebalik seorang ibu yang kuat, ada suami yang sudi berdiri teguh menyokongnya.

Tidak ketinggalan, ramai dalam kalangan netizen yang sudah menjadi seorang ibu turut terhibur dan memperingatkan suami masing-masing tentang kebajikan untuk isteri.

Baca juga: “Tak Semua Perkahwinan Perlu Anak”- 6 Punca Fenomena Pasangan ‘Childfree’ Di Malaysia Meningkat

Sumber: Mohd Yazid Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×