Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Pelakon Ika Nabila Sokong Suami Beri ‘Upah’ Menyusu Pada Isteri, “Ini Tugas Sepenuh Masa Bukan Kerja Waktu Pejabat”

upah menyusu

Isu upah menyusu kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila pelakon terkenal, Ika Nabella, tampil menyuarakan sokongan terhadap pemberian ganjaran kepada para isteri yang menyusukan anak.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads baru-baru ini, Ika menekankan pentingnya para suami menghargai jerih perih isteri yang menjalankan tanggungjawab besar ini. Bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi dan mental.

Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!

UPAH MENYUSU

menyusu badan

Ciapan Ika itu turut merujuk kepada kenyataan yang dikongsi oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom, yang membuka ruang perbincangan luas mengenai tanggungjawab dan penghargaan terhadap ibu yang menyusukan anak.

“Maaf cakap tapi jika awak memilih untuk tidak memberikan ‘upah’ kepada isteri anda, terserah.

“Tapi, menyusukan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan kerja 9 pagi hingga petang. Ini adalah kerja sepenuh masa melibatkan emosi dan fizikal.

“Ada juga isteri yang tak sampai hati nak beritahu suami bab ini. Bagi saya kalau sayang suami bagitahu lah. Untung batu tenggelam, mana tahu rezeki awak dapat ‘upah’ dan rezeki suami awak dapat pahala,” tulis Ika dengan penuh jujur.

Baca juga: “Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!

Nad menjelaskan bahawa perkongsian beliau bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya berdasarkan pengalaman dan pertanyaan dari para bapa yang ingin memahami konsep ‘upah’ dalam konteks penyusuan.

upah menyusu

Menurut Nad Masrom, ramai yang salah faham apabila berbicara mengenai upah menyusu. Ramai menganggap ia semata-mata berkaitan dengan wang ringgit.

Namun hakikatnya, penghargaan boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Sama ada, daripada bantuan kerja rumah, ruang untuk si ibu berehat, layanan penuh kasih sayang hinggalah kepada sokongan emosi yang berterusan.

Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

Pandangan Islam tentang upah menyusu

Perbahasan ini turut disokong dengan hujah agama. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 dan Surah At-Talaq ayat 6.

Jelas disebut bahawa ibu yang menyusukan anak, meskipun anak sendiri berhak menerima ganjaran atau ‘upah’. Ini menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf bebanan dan tanggungjawab besar yang digalas oleh seorang ibu dalam proses penyusuan.

Dalam Surah At-Talaq ayat 6, Allah berfirman:

“Dan jika mereka menyusukan anak-anak kamu, maka berilah kepada mereka upahnya…”

Surah Al-Baqarah, ayat 233,

ibu menyusu badan

Nad sebelum itu berkongsi satu kisah menarik melibatkan seorang pemandu Grab yang berpendapat bahawa upah bagi isterinya yang menyusukan dua orang anak sepatutnya tidak kurang daripada RM2000 sebulan kerana mengambil kira kos susu formula dan tugas mengasuh anak.

ibu menyusu badan

ibu menyusu badan

Baca juga: Farah Lee Kongsi Seluruh Keluarga Bekas Suami Datang Beraya Di Rumah, “Siapa Cakap Cerai Kena Gaduh?”

Upah bukan sekadar wang

Isu ini membuka mata ramai bahawa bukan semua bentuk penghargaan perlu datang dalam bentuk wang. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bentuk upah boleh disesuaikan dengan kemampuan suami.

Apa yang penting adalah keikhlasan dalam menghargai dan menyokong pasangan yang menjalankan tanggungjawab penting dalam membesarkan anak.

Baca juga: Walaupun Hanya Tolong Buat Kerja Rumah Sikit Tapi Isteri Tetap Bahagia, Suami Kena Alert!

Sumber: Threads Ika Nabella / Threads Nad Masrom

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×