Ramai ibu bapa menganggap anak tidur mulut terbuka dan bernafas melalui mulut itu hanyalah perkara kecil. Hakikatnya, mouth breathing boleh beri kesan jangka panjang kepada perkembangan muka, gigi, tidur, emosi dan juga postur tubuh anak.
Lebih awal ibu bapa sedar, lebih mudah masalah ini dirawat!
ANAK TIDUR MULUT TERBUKA SETIAP MALAM, INI RISIKO JADI ‘MOUTH BREATHER’

Foto: freepik
1. Wajah Jadi Panjang & Sempit (Long-Face Syndrome)
Bila anak kerap buka mulut, bahagian rahang dan tulang muka akan berkembang secara tidak normal.
- Hidung menjadi sempit
- Dagu sedikit ke belakang
- Struktur muka berubah secara kekal
Walaupun tidak mengancam nyawa, ini memberi kesan besar kepada rupa dan keyakinan diri anak apabila besar nanti.
2. Gigi Bersepah & Gigitan Tak Betul (Malocclusion)
Mouth breather biasanya mempunyai rahang yang tidak berkembang dengan baik. Akibatnya:
- Ruang gigi sempit dan bertindih
- Gigi tumbuh tidak sekata
- Besar kemungkinan perlu pakai braces untuk betulkan alignment gigi dan rahang
Masalah ini sebenarnya boleh dicegah jika mouth breathing dihentikan awal.
3. Tidur Tidak Berkualiti
Anak yang tidur dengan mulut terbuka:
- Mudah berdengkur
- Senang terjaga
- Tidak mencapai deep sleep yang diperlukan untuk tumbesaran
Deep sleep sangat penting kerana ketika inilah hormon pembesaran dilepaskan. Jika tidur terganggu, perkembangan fizikal dan mental anak juga boleh terjejas.
4. Kurang Oksigen Masuk Badan
Bernafas melalui mulut mengurangkan penapisan udara, kelembapan dan penghasilan nitric oxide. Semua ini penting untuk oksigen optimum. Kesan jangka pendek yang sering ibu bapa nampak:
- Anak cepat penat
- Fokus lemah di sekolah
- Emosi tak stabil, mudah moody
5. Speech Delay & Sebutan Tidak Jelas
Bila lidah tidak berada di posisi betul, ini mengganggu sebutan bunyi tertentu. Ini boleh menyebabkan:
- Anak lambat bercakap
- Sebutan kedengaran pelik atau kurang jelas
- Perkembangan bahasa lambat matang
6. Postur Badan Menjadi Buruk
Mouth breathing menyebabkan kepala asyik condong ke depan untuk ‘tangkap’ lebih banyak udara. Lama-kelamaan:
- Bahu menjadi bulat (rounded)
- Postur kelihatan membongkok
- Anak membesar dengan postur tidak sihat walaupun lahir sempurna
Apa Perlu Ibu Bapa Buat Jika Anak Bernafas Melalui Mulut?

Foto: Dr.James Kok
1. Periksa punca secepat mungkin
Jika anak tidur dengan mulut terbuka, semak sama ada disebabkan:
- Hidung tersumbat
- Tonsil atau adenoid besar
- Alergi
- Habit
- Masalah fizikal seperti tonsil besar perlu rawatan doktor.
2. Jika tabiat, hentikan awal
Anak kecil tidak tahu apa yang buruk untuk dirinya. Ibu bapalah yang perlu peka dan membimbing.
3. Bantu anak tutup mulut ketika tidur
Ada ibu bapa menggunakan teknik lembut seperti:
- Mengubah posisi tidur
- Menutup mulut anak secara perlahan ketika anak mula terlelap
- Menggunakan pelekat mulut (mouth tape) khas yang dijual di pasaran
Ia nampak kecil, tetapi kesannya sangat besar untuk masa depan anak.
Kesimpulannya, mouth breathing bukan sekadar tabiat tapi memberi kesan kepada rupa, perkembangan, emosi, tidur, postur dan kesihatan keseluruhan anak. Ibu bapa, jom ambil tindakan dari sekarang!
Baca juga: Cara Betul Tidurkan Anak Berdasarkan 5 Karakter, Tak Sampai 10 Minit Dah ‘Hanyut’ Dibuai Mimpi!
Sumber: Foto @collectivecare, Tiktok @amiyryuu, Hello Doktor
