Minum kopi sebaik sahaja bangun tidur sudah menjadi rutin bagi ramai orang kerana sering dianggap sebagai ‘penyelamat’ untuk menghilangkan rasa mengantuk selain meningkatkan fokus.
Namun, kajian terkini menunjukkan bahawa tindakan minum kopi waktu pagi mungkin tidak sebaik yang disangka. Ini kerana boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keseimbangan tenaga semula jadi tubuh.
Baca juga: Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!
MINUM KOPI WAKTU PAGI SEBENARNYA ‘SABOTAJ’ BADAN

Freepik
Menurut kajian yang diterbitkan oleh University of Nevada dan disokong oleh Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, tubuh manusia menghasilkan hormon kortisol secara semula jadi, yang mencapai paras tertinggi dalam tempoh 30 hingga 45 minit selepas bangun tidur.
Kortisol berfungsi untuk membantu anda kekal fokus, berjaga dan bersedia memulakan hari. Apabila kafein diambil pada waktu ini, berlaku dua rangsangan serentak dari kortisol dan dari kafein. Walaupun kelihatan memberi kesan positif, ia sebenarnya boleh menyebabkan tubuh terlebih rangsangan dan membawa kepada burnout dalam jangka panjang.
Kafein berfungsi dengan melajukan pergerakan elektron dalam sel, tetapi ia tidak membantu mengaktifkan sel sepenuhnya. Tanpa proses pengaktifan yang seimbang, struktur sel tidak dapat membuka ruang kepada kemasukan mineral penting seperti magnesium dan kalsium.
Sebaliknya, cahaya matahari pagi merupakan rangsangan paling berkesan untuk mengaktifkan sistem tubuh secara semula jadi. Ia membantu menstabilkan struktur sel, meningkatkan penghasilan serotonin (hormon fokus dan ketenangan) dan seterusnya membantu penghasilan melatonin untuk tidur malam yang berkualiti.
Sekiranya anda masih mengantuk walaupun selepas terdedah kepada cahaya matahari pagi, mungkin terdapat masalah dalaman seperti:
- Gut dysbiosis – ketidakseimbangan bakteria usus, mengganggu penghasilan serotonin
- Adrenal fatigue – kelenjar adrenal lemah, menyebabkan pengeluaran kortisol tidak mencukupi
Kopi bukanlah sesuatu yang perlu dielakkan sepenuhnya. Namun, waktu ketika minum kopi dan tahap kebergantungan perlu diberi perhatian. Tubuh yang sihat tidak memerlukan ‘starter luar’ untuk berfungsi setiap hari.
Baca juga: Makan Sihat Tapi Tetap Kena Kanser Usus, Wanita 29 Tahun Akui ‘Burnout’ Punca Sebenar!
Sumber: Facebook Masdi Hazli
