Pusara Zara Qairina Mahathir petang Ahad semalam menjadi tumpuan apabila Syeikh Niyaz Al Adeni, ulama tersohor dari Yaman, hadir menziarahi dan diiringi Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Abd Rahman Mohd Noh menerusi satu hantaran di Facebook rasminya selain menyatakan pusara Allahyarhamah Zara Qairina terletak di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol.
Baca juga: Tempurung Kepala Retak Akibat Ditolak Rakan, Aisyah Sofia Selamat Jalani Pembedahan
ULAMA TERSOHOR YAMAN ZIARAH PUSARA ZARA QAIRINA

“Petang ini saya berbesar hati mengiringi Syeikh Niyaz Al Adeni, ulama dari Yemen, menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol,” ujarnya.
Syeikh Niyaz turut mengambil masa mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diangkat darjatnya di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
“Alhamdulillah, beliau mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin dan perjuangannya terus menjadi inspirasi buat kita semua. Doa ulama adalah tanda kasih dan penghormatan yang tinggi,“ tulis Abd Rahman.
Terdahulu, media melaporkan Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah agama berasrama penuh pada 16 Julai lalu. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kisah pilu ini mencuri perhatian masyarakat antarabangsa termasuk di Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Kemboja, Myanmar, Laos, malah sejauh United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).
Baca juga: Langit Ibu Kota ‘Diwarnai’ Bunga Api 360 Darjah, Malam Ambang Merdeka Lebih Memukau!
Sumber: Facebook
