Euforia Bola 2026
Famili

Kronologi Terperinci Penggalian Semula Kubur Arwah Zara Qairina Selama 3 Hari Ini!

kubur zara qairina

Kubur Zara Qairina menjadi tumpuan nasional apabila proses penggalian semula dilaksanakan susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 8 Ogos 2025. Langkah itu diambil bagi membolehkan bedah siasat dijalankan semula demi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang punca kematian pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun itu.

Bermula dengan persiapan pasukan forensik di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol pada 9 Ogos hingga pengebumian semula pada 11 Ogos, setiap detik perjalanan jenazah Zara Qairina menjadi tumpuan semua pihak. Berikut kronologi penggalian semula kubur Zara Qairina selama 3 hari ini.

Baca juga: 3 Lagi Rakaman Suara Tular Antara Arwah Zara & Ibunya, Disahkan Oleh Peguam!

KRONOLOGI PENGGALIAN SEMULA KUBUR ZARA QAIRINA

kubur zara qairina

Gambar Fadzli Ramli (BERNAMA)

8 Ogos:

  • AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

9 Ogos:

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.
  • Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.
  • Ia dimulakan kira-kira 5.30 petang dengan bacaan doa setelah pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak bertanggungjawab tiba pada 4.56 petang.
  • Penggalian semula kubur kira-kira selesai pada 7.15 malam dan dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan pada 7.38 malam.
  • Turut hadir menyaksikan proses berkenaan ialah Mufti Sabah Datuk Bungu @ Aziz Jaafar, Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka serta peguam mewakili keluarga Zara Qairina, iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.
  • Kemudian, jenazah arwah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk membolehkan proses bedah siasat dijalankan yang tiba pada 10.30 malam.

Baca juga: TERKINI! Ini 7 Intipati Penting Dari Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Arwah Zara Qairina

kubur zara qairina

Gambar Fadzli Ramli (BERNAMA)

10 Ogos:

  • Proses bedah siasat bermula pada kira-kira 11 pagi.
  • Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
  • Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina.
  • Difahamkan proses bedah siasat selesai pada 7.30 malam.
  • Jenazah Allahyarham Zara Qairina dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 kira-kira 9.30 malam setelah proses bedah siasat selesai.
  • Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda ketika ditemui pemberita berkata, tiada situasi tidak diingini berlaku ketika orang ramai berkumpul di perkarangan hospital itu sejak pagi Ahad.
  • Proses bedah siasat turut disaksikan Peguam Shahlan Jufri atas permintaan keluarga, dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam, melibatkan empat pakar termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, dengan bantuan jurufoto forensik dan polis.

  • Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara Qairina meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam.

11 Ogos:

  • Jenazah Zara Qairina tiba di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang pada jam 12.41 tengah malam dan selamat dikebumikan semula pada 1.15 pagi tadi yang mengambil masa selama setengah jam.
  • Peguam Shahlan Jufri memaklumkan laporan bedah siasat akan disiapkan oleh pasukan forensik, dengan tempoh maksimum hingga dua bulan kerana melibatkan perbincangan beberapa pakar sebelum dimuktamadkan.

Baca juga: Keluarga Zara Dakwa Kertas Siasatan Kematian Ke Jabatan Peguam Negara TAK LENGKAP, Tampil Bukti Baharu!

Sumber: Bernama (1), (2) / Harian Metro (1), (2)

FT Image: Fadzli Ramli (BERNAMA)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×