Euforia Bola 2026
Cantik

“Aku Pun Gemuk, Tapi Jaga Bau Badan”, Wanita Ini Tampil Berani Tegur Isu Sensitif Tapi Ramai Tak Setuju!

bau badan

Bau badan sering menjadi isu sensitif, lebih-lebih lagi bagi individu bertubuh besar yang mudah berpeluh selepas melakukan aktiviti fizikal. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada orang di sekeliling.

Baru-baru ini, seorang wanita bertubuh gempal mencuri perhatian ramai di media sosial apabila berkongsi pesanan terbuka kepada golongan berbadan besar agar menjaga kebersihan diri dengan lebih teliti, terutama melibatkan penggunaan deodoran.

Baca juga: Nak Cantik Bertudung Tapi Rambut Gugur Pula, Gaya Bonggol Mungkin Penyebabnya!

NASIHAT BAU BADAN WANITA GEMPAL CETUS PROVOKASI

bau badan

Sekadar gambar hiasan: AI

Dalam satu hantaran, wanita tersebut menasihati agar deodoran tidak hanya digunakan di bawah lengan semata-mata, malah turut disapu di bahagian badan lain yang mudah berpeluh.

“Untuk orang-orang gemuk, please pakai deodorant ya. Pakai bukan dekat ketiak sahaja, pakai dekat tempat yang korang selalu berpeluh, lagi-lagi celah-celah lelemak itu. Please, aku pesan dari seorang gemuk kepada gemuk-gemuk yang lain,” tulisnya.

Ruangan komen turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada warga maya, terutamanya mereka yang senada dengan wanita berkenaan dan berkongsi petua peribadi bagi mengatasi masalah bau badan.

“Dia macam bau masam hangit kepam gitu. Macam peluh itu dah menapai dekat situ. Mandi kena sental. Saya sental badan dengan net sponge panjang sampai boleh scrub belakang badan. Lepas itu, losen, body oil, deodorant dan body powder. Kalau nak pakai pewangi, guna selepas body oil,” kongsi seorang wanita lain.

Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ada yang berpendapat bahawa bau badan bukanlah isu eksklusif kepada orang gemuk sahaja.

“Bau badan tiada kena mengena dengan saiz ya. Jadi, jangan memalukan diri anda sendiri dan orang gempal yang lain.

“Saya ada kawan kurus dan lawa sangat tapi bau ketiak dia, peninggg! Menusuk betul dan ramai tak nak duduk sebelah dia. Bila bercerita dengan mak saya, mak bagi macam-macam ubat ketiak untuk dia. Tapi dia macam tak ada kesedaran dan tak ada inisiatif beli sendiri bila dah habis,” antara komen-komen ditinggalkan di ruangan tersebut.

Baca juga: Pinggang Kerengga Bukan Lagi Tubuh Wanita Ideal Terkini, Saintis Dedah Bentuk ‘Curvy’ Lebih Menawan!

Susulan pelbagai reaksi yang diterima, wanita terbabit kemudian menjelaskan bahawa niat asalnya hanyalah untuk mengingatkan rakan-rakan yang mempunyai saiz badan sepertinya, bukannya untuk menghina sesiapa.

“Asalnya post aku friendly reminders untuk orang yang sama saiz dengan aku, tapi itulah, semua nak bring up pasal yang kurus.

“Korang ambil serius sangat pasal hantaran pasal bau badan tu. Saya tak kisah pun pasal orang lain, itu cuma peringatan mesra untuk mereka yang saiznya sama dengan saya. Cuma hantaran rawak saja.

“Saya tahu orang yang lebih kurus pun boleh berbau teruk. Ya, saya tahu. Tapi hantaran itu untuk orang yang saiz macam saya. Saya tak peduli pasal orang lain,” jelasnya.

Dalam satu lagi pesanan tambahan, dia turut menasihatkan agar pengguna yang mengeringkan pakaian di dalam rumah lebih berhati-hati dengan bau yang tidak menyenangkan pada pakaian.

“Kalau korang sejenis keringkan baju indoor, pakailah sabun yang sesuai untuk keringan indoor, kalau tak, baju seluar tu kepam. Dah pakai minyak wangi pun tetap kepam. Bau kepam ni macam satu jenis je, sebab bila ada pelanggan masuk kereta bau macam tu, aku dapat detect dia duduk rumah high-rise,” pesannya pula.

Baca juga: 6 Petua Rawat Hati Busuk & Dengki, Warisan Orang Lama Yang Masih Relevan Hari Ini

Sumber: Threads

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×