Euforia Bola 2026
Cantik

Jangan Salah Pilih, 6 Jenis Fabrik Ini Rupanya Boleh Buat Badan Cepat Berbau Tanpa Sedar!

jenis fabrik

Ramai menyangka masalah bau badan hanya berpunca daripada kebersihan diri semata-mata. Hakikatnya, pemilihan jenis fabrik yang tidak sesuai juga boleh menjadi faktor utama badan mudah berbau, terutamanya apabila pakaian memerangkap peluh dan tidak memberi pengudaraan yang baik kepada kulit.

Bayangkan, walaupun sudah mandi dan menggunakan deodoran, bau badan tetap muncul sebaik sahaja memulakan aktiviti harian. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri, malah boleh mengganggu keselesaan terutama ketika berada dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.

Baca juga: Ingatkan Cuci Sunscreen Guna Air Dah Boleh Wuduk, Rupanya…Penjelasan Mengejutkan Prof Siti Buka Mata Ramai!

6 JENIS FARBIK YANG BOLEH BUAT BADAN CEPAT BERBAU

jenis fabrik

Gambar hiasan: Gemini AI

Berikut ialah beberapa jenis fabrik yang perlu diberi perhatian kerana berpotensi menyebabkan bau badan muncul dengan lebih cepat:

1. Poliester

Poliester merupakan bahan sintetik yang kurang menyerap peluh dan cenderung menahan kelembapan. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan. Tambahan pula, kain poliester dihasilkan daripada serat berasaskan petroleum yang boleh memerangkap bahan kimia dan asid tertentu.

2. Berbulu (Wool)

Fabrik wool sering digunakan dalam pakaian seperti baju kait atau kardigan. Namun teksturnya yang tebal menjadikannya mudah lembap apabila berpeluh. Selain lambat kering, wool juga boleh memerangkap bau jika dipakai dalam cuaca panas atau persekitaran yang tidak sesuai.

3. Nilon

Nilon ialah bahan sintetik yang ringan dan sering digunakan untuk jaket atau pakaian sukan. Walaupun tahan lasak dan anjal, nilon tidak menyerap peluh dengan baik. Peluh yang terperangkap menyebabkan kulit terasa panas dan lembap, sekali gus meningkatkan risiko bau badan menjadi lebih kuat.

Baca juga: Jauh Sebatu Dah Bau Tengik Bawang, Rupanya Kain Baju Polyester Yang Dipakai Punca..Bukan Badan!

jenis fabrik

Gambar hiasan: Portal Muslimah

4. Rayon

Rayon tergolong sebagai fabrik separa sintetik. Walaupun mampu menyerap kelembapan, peluh cenderung terperangkap di dalam serat kain ini. Akibatnya, bau badan boleh muncul dengan lebih cepat, terutamanya apabila pakaian dipakai dalam tempoh yang lama atau ketika melakukan aktiviti aktif.

5. Tekstur berkedut (crinkle)

Fabrik dengan tekstur berkedut biasanya diperbuat daripada campuran bahan sintetik seperti poliester. Ia tidak menyerap peluh dengan baik dan mempunyai tekstur yang agak keras serta kurang berpori. Peluh yang kekal pada kulit akan mempercepatkan pembentukan bau badan.

6. Satin Clarissa

Tidak semua fabrik satin memberikan kesan sejuk dan selesa. Satin berkualiti tinggi seperti satin sutera atau satin velvet biasanya lebih lembut dan sejuk pada kulit. Namun, Satin Clarissa mempunyai tekstur yang lebih tebal dan kurang menyerap peluh, menjadikannya kurang sesuai dipakai dalam cuaca panas.

Baca juga: 10 Manfaat Air Mawar Bikin Wajah Cantik Lain Macam, Patutlah Orang Timur Tengah Kulitnya A+!

Sumber: Portal Muslimah

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×