Euforia Bola 2026
Nur

Kucing Nama Adam Atau Yusuf, UAI Tegur Trend Pelik Letak Nama Haiwan Macam Manusia

nama haiwan

Memberi nama haiwan kepada kucing peliharaan adalah satu kebiasaan dan ada yang memilih nama Comel atau Momo, malah ada juga yang menamakan haiwan mereka dengan nama manusia atau tokoh agama.

Namun, tahukah anda bahawa tindakan ini boleh membawa kepada perkara yang ditegah dalam Islam?

Baca juga: 8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah

LETAK NAMA HAIWAN DENGAN NAMA NABI ATAU MANUSIA, USTAZ AZHAR IDRUS TEGUR

nama haiwan

Foto: freepik

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menegaskan bahawa menamakan haiwan peliharaan, khususnya kucing, dengan nama Nabi atau nama manusia adalah haram, menurut ijmak (kesepakatan) para ulama.

“Jangan letak nama binatang dengan nama nabi. Haram, mengikut ijmak ulama. Nama manusia pun dilarang,” tegas beliau dalam satu sesi soal jawab agama.

Berkata Syeikhul Azhar Dr Ahmad Tayyyib :

فإنه لا يجوز شرعًا تسمية الحيوان بأسماء الأشخاص؛ لأن الإنسان قد كرمه الله تعالى في قوله: ﴿وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا﴾

Ertinya : “Maka sungguhnya tidak harus pada syarak menamakan haiwan dengan nama-nama seseorang dari kerana bahawasanya manusia itu sungguhnya telah memuliakannya oleh Allah Taala pada firman-Nya : Dan sungguhnya Kami telah muliakan keturunan Adam dan Kami mudahkan bagi mereka perjalanan di laut dan di darat dan Kami rezekikan mereka itu dari rezeki yang baik-baik dan Kami telah lebihkan akan mereka itu atas kebanyakkan daripada makhluk Kami dengan kelebihan yang banyak. Al-Israk ayat 70.” (Darul Ifta Mesir)

Selain itu, harus menamakan haiwan dengan nama-nama benda seperti nama bunga dan nama laut dan nama pokok dan seumpamanya.

Peringatan ini turut disokong oleh ramai pengguna media sosial yang berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.

“Arwah abah saya memang pesan, jangan sesekali letak nama manusia pada haiwan. Alhamdulillah, saya ikut sampai sekarang,” netizen.

“Semua kucing aku tak pernah letak nama manusia. Rasa macam tak sedap hati, rupanya memang betul tak elok,” netizen.

“Mak saya selalu cakap, jangan bagi nama orang pada kucing. Kata orang tua-tua, nanti kucing cepat mati,” netizen.

nama haiwan

Foto: freepik

Teguran ini membuka mata ramai tentang pentingnya menjaga adab dan sensitiviti dalam perkara yang mungkin dianggap remeh. Dalam Islam, nama adalah satu bentuk penghormatan justeru, memberikan nama mulia kepada haiwan boleh dianggap mencemarkan kemuliaan tersebut. Wallahua’lam.

Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup

Sumber: Instagram @uaioriginal, Aku Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×