Euforia Bola 2026
Famili

[TERKINI] Mahkamah Putuskan Bapa Zayn Rayyan Bebas, Ibu Pula Diperintah Untuk Bela Diri

kes zayn rayyan

Nasib sama ada ibu bapa dalam kes Zayn Rayyan Abdul Matin dibebaskan atau diperintah membela diri atas satu kes pengabaian kanak-kanak autisme itu, telah diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi tadi (Isnin 21 Julai 2025).

Terbaharu, Hakim, Dr Syahliza Warnoh sebentar tadi membuat keputusan untuk lepas bebas Zaim Ikhwan Zahari pertuduhan pengabaian anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Matin. Manakala ibu Zayn, Ismanira Abdul Manaf perlu diperintah untuk membela diri atas pertuduhan mengabaikan anak mereka yang berusia enam tahun itu.

Baca juga: “Dia Pilih Nyawa Anak…” – Ibu Muda Meninggal Selepas Bersalin, Detik Terakhir Suami Cium Jenazah Runtun Hati

KES ZAYN RAYYAN : IBU DIPERINTAH BELA DIRI, BAPA DIBEBASKAN

kes zayn rayyan

Sejurus selepas keputusan itu dibacakan, Ismanira menangis teresak-esak sambil meraung kecil dan dipujuk ahli keluarga serta barisan peguam belanya.

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan yang hadir ke mahkhamah sekitar jam 8.05 pagi tadi bagi mendengar keputusan di akhir kes pendakwaan berhubung satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, dua tahun lalu.

Sebelum ini ada juga kemungkinan, mahkamah berpendapat hanya salah seorang daripada kedua-dua tertuduh itu diperintah membela diri sementara seorang lagi dibebaskan serta merta dan ternyata itulah yang berlaku pada hari ini.

Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian terhadap anak mereka di Mahkamah Sesyen di sini. Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, kerana telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokannya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

kes zayn rayyan

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Baca lagi: “Sekadar WhatsApp, Tak Ziarah”- Murid Patah Tangan Dihempap Guru, Bapa Terkilan Sekolah Tak Peduli?

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×