Pernah tak apabila anda baca mesej WhatsApp anak sendiri atau terdengar mereka berborak dengan kawan, lepas itu terus rasa “Eh apa benda budak ni cakap?”. Nampaknya anda sedang berhadapan dengan situasi perbualan menggunakan Gen Z Slang yang semakin popular!
Budak-budak sekarang ini memang kreatif dalam mencipta slang dan perkataan baru. Jadi, khas untuk mak ayah generasi 80-an & 90-an, berikut merupakan 37 slang popular Gen Z yang selalu digunakan dalam perbualan harian mereka lengkap dengan maksud dan contoh sekali.
Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!
37 GEN Z SLANG YANG POPULAR SELALU DIGUNAKAN ANAK-ANAK, MAK AYAH KENA TAHU DAN FAHAM JUGA!

Foto: The Prompt Magazine
Jom kita faham sama-sama!
1. Flex
Maksud: Tunjuk / bangga dengan barang atau kejayaan
Contoh: “Dia flex gila dengan iPhone baru dia.”
2. No Cap
Maksud: Serius / jujur / tak tipu
Contoh: “Aku memang suka makanan ni, no cap!”
3. Slay
Maksud: Buat sesuatu dengan hebat atau bergaya
Contoh: “Dia slay betul masa nyanyi tadi!”
4. Simp
Maksud: Terlalu beri perhatian dekat orang yang tak layan
Contoh: “Bro, kau simp sangat kat dia.”
5. Drip
Maksud: Penampilan yang bergaya
Contoh: “Drip kau hari ni memang on point!”
6. Lowkey
Maksud: Diam-diam / tak nak tunjuk sangat
Contoh: “Aku lowkey suka makan maggi tengah malam.”
7. Bet
Maksud: Setuju / ‘on’ / okay
Contoh: “Esok lepak mamak?” “Bet!”
8. Ghosting
Maksud: Hilang / senyap tanpa berita
Contoh: “Dia ghost aku lepas dating sekali je.”
9. Yeet
Maksud: Lempar dengan semangat / ekspresi excited
Contoh: “Dia yeet beg terus atas sofa.”
10. Sus
Maksud: Mencurigakan (‘suspicious’)
Contoh: “Muka dia sus la, macam ada simpan rahsia.”
11. Woke
Maksud: Peka dengan isu sosial atau semasa
Contoh: “Dia memang woke pasal isu alam sekitar.”
12. Extra
Maksud: Terlebih / over sangat
Contoh: “Dia ni memang extra bila buat surprise birthday.”
13. Lit
Maksud: Sangat seronok / best gila
Contoh: “Konsert malam tadi memang lit!”
14. TBH
Maksud: To be honest / sejujurnya
Contoh: “TBH, aku tak minat K-drama sangat.”
15. Mood
Maksud: Menggambarkan perasaan yang relatable
Contoh: “Tengok dia tidur lepas makan, mood aku gila.”
16. Stan
Maksud: Peminat tegar
Contoh: “Aku stan kumpulan tu sejak dulu.”
17. Tea
Maksud: Gosip panas
Contoh: “Ada tea baru ke pasal geng sebelah?”
18. FOMO
Maksud: Fear of Missing Out — takut terlepas benda best
Contoh: “Aku FOMO sebab tak join trip tu.”
19. Shook
Maksud: Terkejut sangat
Contoh: “Aku memang shook tengok markah dia.”
20. GOAT
Maksud: Greatest of All Time — yang paling hebat
Contoh: “Ronaldo memang GOAT bola sepak.”
21. Salty
Maksud: Rasa bengang / terasa
Contoh: “Dia jadi salty sebab kena tegur depan ramai.”
22. Bruh
Maksud: Ungkapan kecewa / pelik / “alahai…”
Contoh: “Bruh, lupa bawa wallet la.”
23. Banger
Maksud: Lagu atau benda yang sangat best
Contoh: “Lagu ni memang banger habis!”
24. Sksksk
Maksud: Gelak tak boleh berhenti (guna dalam chat)
Contoh: “Sksksk lawak gila cerita kau!”
25. Ship
Maksud: Harap dua orang jadi couple
Contoh: “Aku ship korang dari dulu.”
26. AF
Maksud: As f* — sangat / teramat
Contoh: “Aku lapar AF hari ni.”
27. Clapback
Maksud: Jawapan balas padu bila kena sindir
Contoh: “Dia punya clapback memang win!”
28. Main character
Maksud: Rasa macam diri sendiri watak utama
Contoh: “Hari ni aku rasa main character gila.”
29. Ratio
Maksud: Bila reply lebih popular dari post asal
Contoh: “Reply kau dah ratio dia, lawak betul.”
30. Boujee
Maksud: Mewah / eksklusif
Contoh: “Tempat makan tu boujee gila, harga pun boleh tahan.”
31. Szn
Maksud: Singkatan “season” — musim atau fasa tertentu
Contoh: “Sekarang ni gym szn, semua pakat workout.”
32. Fam
Maksud: Geng rapat / macam keluarga
Contoh: “Apa khabar fam?”
33. L
Maksud: Loss / kalah / malang
Contoh: “Hari ni asyik kena L je.”
34. W
Maksud: Win / berjaya
Contoh: “Dapat gaji awal, W sangat!”
35. I can’t even
Maksud: Terlalu kelakar / geram / speechless
Contoh: “Dia datang pakai baju tidur, I can’t even…”
36. Bae
Maksud: Panggilan untuk pasangan (“before anyone else”)
Contoh: “Dinner dengan bae malam ni.”
37. Vibe
Maksud: Suasana atau mood yang best
Contoh : “Tak best la makan sini… tak vibe!”

Foto: freepik
*Mungkin kalau mak ayah nak guna untuk rapatkan hubungan dan perbualan bersama anak-anak pun boleh tapi jangan selalu tau!
Baca juga: Selepas SPM Nak Belajar Di Luar Negara? Rebut Peluang Mohon 8 Senarai Biasiswa ‘Laku Keras’ Ini!
Sumber: Mohd Suhaimy, Public Health
