Euforia Bola 2026
Famili

Atuk Pulang Dari Haji Bawa 15 Patung Unta Untuk Cucu, Gelagat Comel Ini Curi Tumpuan Ramai!

IBADAH HAJI

Satu video tular di TikTok mencuri perhatian warganet apabila seorang atuk yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji mencuri tumpuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan gelagat lucunya.

Apa yang mencuit hati, sebanyak 15 ekor patung anak unta di sekeliling pinggangnya, seolah-olah menjadikannya sebagai ‘aksesori’ istimewa.

Baca juga: “Rumah Sakit, Teman-Teman” – Cikgu Kecewa Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM

IBADAH HAJI SELESAI, ATUK BAWA PULANG 15 EKOR PATUNG UNTA

IBADAH HAJI

Aksi bersahaja itu bukan sahaja mengundang tawa anak-anak dan cucu-cucunya yang menunggu kepulangannya, malah turut menceriakan suasana di lapangan terbang.

Para pekerja dan penumpang lain juga kelihatan terhibur dengan gelagat pak cik itu yang baru tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di akaun TikTok milik Team Airport Tabung Haji Travel, kelihatan pelbagai warna patung unta tergantung di sekeliling pinggang pak cik berkenaan.

Menurut kapsyen video yang dimuat naik, pak cik berkenaan dikatakan membawa buah tangan yang cukup istimewa untuk semua cucu tersayangnya.

Patung anak unta itu menjadi pilihan sebagai simbol kenangan dari Tanah Suci yang comel dan mudah dibawa. Video itu pastinya dipuji warganet kerana sikap lucu atuk yang tidak disangka-sangka.

Gelagat spontan tetapi penuh makna ini bukan sahaja mencuit hati, malah menyampaikan mesej kasih sayang dan keterujaan seorang datuk yang baru pulang dari perjalanan rohani yang suci.

“Bijak atuk! Kalau nak packing, perlukan bag besar and tambah berat bagasi. Bawa macam ni senang. Jumpa cucu boleh terus bagi je,” komen pengguna TikTok.

Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×