Euforia Bola 2026
Famili

Tiada Kapsyen, Hanya Ilustrasi – Satu Malaysia Risau Lepas Lihat ‘Posting’ Misteri Lee Zii Jia Di IG

lee zii jia terkini

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia terkini sekali lagi telah menarik perhatian ramai bukan kerana aksi di gelanggang, tetapi kerana satu hantaran ‘senyap’ dan misteri di laman Instagram miliknya.

Tanpa kapsyen, tanpa penjelasan dan hanya beberapa ilustrasi hitam putih yang penuh tanda tanya membuatkan ramai merinding bulu roma.

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

LEE ZII JIA TERKINI, ‘UPDATE’ ILUSTRASI GAMBAR MAKSUD DEPPRESI BUAT NETIZEN RISAU

lee zii jia terkini

Foto: Olympics.com

Perkongsian itu segera mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat dan netizen yang cuba mentafsir maksud di sebalik visual yang kelihatan penuh makna tersirat terutama dari segi kesihatan mental. Ada yang menyifatkannya sebagai luahan emosi yang terpendam, ada juga yang melihatnya sebagai isyarat tentang sesuatu yang sedang atau bakal berlaku.

Walau apa pun maksud sebenar di sebalik imej itu, satu perkara jelas adalah para penyokong setia Zii Jia pantas membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, doa dan sokongan moral. Ramai yang menitipkan harapan agar beliau terus kuat, tenang dan tidak berputus asa.

Coretan peminat menggambarkan kasih dan hormat yang mendalam terhadap atlet kesayangan negara ini. Meski tanpa kata, mereka tetap ‘mendengar’ isi hati Zii Jia.

lee zii jia terkini

Foto di IG Lee Zii Jia.

lee zii jia terkini

Foto di IG Lee Zii Jia.

Dalam dunia yang penuh dengan tekanan berkait semula dengan kerjayanya yang membawa nama Malaysia di mata dunia, sokongan sebegini mungkin menjadi sumber kekuatan terbesarnya.

*Apa jua yang sedang dilalui, rakyat Malaysia sentiasa berdiri di belakang wira badminton negara ini. Semua masih percaya bahawa semangat Lee Zii Jia belum padam dan kisah perjuangannya masih jauh dari noktah. Bangkit wira negara!

Baca juga: Berita Baik! Penghidap 3 Jenis Penyakit Mental INI Layak Untuk Mohon Bantuan MySalam

Sumber: Foto Credit: AFPInstagram Lee Zii Jia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×