Euforia Bola 2026
Famili

Sistem MyKasih ‘Down’, Wanita Sebak Tengok Lelaki Letak Semula Susu Anak Di Rak…Tak Jadi Beli

bantuan mykasih

Semalam, suasana di sebuah pasar raya bertukar pilu apabila sistem bantuan MyKasih dilaporkan mengalami gangguan teknikal. Ini menyebabkan ramai penerima bantuan tidak dapat membeli barangan keperluan asas seperti biasa.

Disebabkan masalah ini, segelintir pelanggan terpaksa meletakkan semula barangan yang telah dipilih ke rak termasuk susu anak, beras dan makanan harian lain kerana transaksi tidak dapat dilakukan. Sungguh pilu…

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

SISTEM BANTUAN MYKASIH ‘DOWN’, UNDANG DETIK SEBAK DI PASAR RAYA

bantuan mykasih

Foto: Group FB Mykasih

Salah satu insiden yang menyentuh hati berlaku di hadapan seorang wanita dalam perkongsian di Threads, yang menyaksikan seorang lelaki terpaksa meletakkan semula susu anaknya selepas mendengar pengumuman daripada pihak pasar raya berkenaan isu sistem ‘down’.

Lebih memilukan, wanita itu turut terdengar perbualan lelaki tersebut bersama isterinya:

“Abang, susu kat rumah dah habis. Kita bagi anak minum susu pekat campur air je lah ya?” kata si isteri dengan nada penuh cemas dan sayu.

SEPAKAT UNTUK MEMBANTU…

bantuan mykasih

Foto hiasan.

Terpukul dengan situasi itu, wanita berkenaan segera berkongsi kisah tersebut kepada suaminya yang turut berada bersama. Tanpa berfikir panjang, mereka sepakat mahu membantu pasangan itu dengan membelikan susu yang diperlukan.

Pada awalnya, si ayah enggan menerima bantuan. Namun setelah suami wanita itu menjelaskan bahawa pemberian itu adalah demi anaknya, barulah lelaki tersebut akur dan ketika itulah air matanya gugur.

“Dia cakap, ‘Saya baru masuk kerja, duit belum dapat. Memang harap bantuan MyKasih ni je nak beli barang dapur.’ Masa suami saya kata kalau tak nak, bagi je kat anak, dia terus menangis…”

Ternyata dalam situasi ini, gangguan teknikal mungkin bersifat sementara, tetapi kesannya amat besar bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan ini untuk terus hidup.

Baca juga: Senarai 30+ Jenis Ikan & Buah Kena SST 5% Bermula 1 Julai, Epal & Ikan Kembung Pun Jadi ‘Mewah’!

Sumber: Threads @dhyea_hana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×