Euforia Bola 2026
Rakyat

Pas My50 Kini Digital! Ini Cara Beli & Aktifkan Terus Guna TNG eWallet, Tak Perlu Beratur

my50

Berita baik untuk para pengguna setia pengangkutan awam! Mulai 1 Julai 2025, pas perjalanan tanpa had My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital melalui aplikasi TNG eWallet tanpa perlu lagi bersesak atau beratur panjang di kaunter stesen.

Langkah ini adalah hasil kerjasama antara Prasarana Malaysia Berhad dan Kumpulan Touch ‘n Go, sejajar dengan usaha mempercepat pendigitalan sistem pengangkutan awam serta menyokong aspirasi negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’

Apa Itu My50?

my50

Foto: Reddit

My50 ialah pas perjalanan tanpa had khas untuk warganegara Malaysia. Dengan hanya RM50 sebulan, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan perkhidmatan:

– LRT
– MRT
– Monorel
– BRT
– Bas RapidKL

Pas ini sangat berbaloi untuk golongan pekerja, pelajar dan mereka yang kerap menggunakan pengangkutan awam.

Cara Aktifkan Secara Digital

my50

Kini, semuanya lebih mudah dan cepat. Hanya ikut tiga langkah ini:

1. Muat turun aplikasi TNG eWallet di telefon pintar anda.

2. Lengkapkan pengesahan identiti elektronik (e-KYC).

3. Beli dan aktifkan My50 terus melalui aplikasi.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 250,000 pengguna sedia ada My50 dan pada masa yang sama bakal menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada pengangkutan awam yang lebih efisien dan mesra alam.

Dalam fasa seterusnya, Prasarana merancang untuk memperluas kemudahan digital ini kepada produk lain seperti pas MyCity, bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan kebergantungan kepada transaksi tunai.

Tiada lagi kad fizikal baharu, tiada lagi kaunter kerana semua di hujung jari! Untuk maklumat penuh mengenai pembelian dan pengaktifan My50 secara digital, layari www.myrapid.com.my dan www.touchngo.com.my

Baca penuh: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!

Sumber: Rapid KL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×