Euforia Bola 2026
Famili

Keluarga Allahyarham Nurly Mahu Berehat, Tak Terima Tetamu Hingga 5 Julai!

Allahyarham nurly

Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, memberitahu tidak akan menerima sebarang pelawat sehinga Sabtu depan.

Perkara tersebut disahkan abang kepada Allahyarham Nurly iaitu salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, menerusi satu hantaran di Facebook.

Baca juga: Rezeki Lepasan STPM! KPM Tawar 300 Biasiswa Jadi Guru Di Universiti Awam

KELUARGA ALLAHYARHAM NURLY INGIN BEREHAT SEBENTAR

Allahyarham nurly

Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23

Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata perkara tersebut bertujuan memberi ruang kepada keluarga khususnya buat kedua ibu bapa arwah yang tidak mendapat rehat yang mencukupi sejak kehilangan anak tercinta.

“Bagi peluang umi abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang belum rehat sepenuhnya. Insha Allah ada rezeki boleh datang ziarah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Maklumat tersebut turut dikongsi seorang pengguna media sosial memaklumkan keluarga Allahyarham Nurly tidak akan menerima sebarang tetamu bermula 2 sehingga 5 Julai.

Katanya, kediaman keluarga arwah juga ditutup sementara kepada orang ramai yang ingin menziarahi.

“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai bersamaan hari Rabu sehingga 5 Julai, Sabtu.

“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

Baca juga: Rawatan Di Klinik Swasta Terpilih Kini Percuma, Penerima STR Tak Perlu Bayar!

Terdahulu, media melaporkan abang kepada Allahyarham Nurly menegur tindakan segelintir individu yang menziarahi pusara adiknya.

Najmuddin Azman menegaskan, tindakan mencium al-Quran yang ditulis semula Allahyarham boleh menimbulkan kekeliruan dalam akidah, walaupun mungkin niat asal hanya untuk mengambil berkat.

Sebelum ini, kubur pelajar UPSI itu tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.

Baca juga: JKM Melaka Cari Waris Bayi Perempuan Ditinggal Di Taska, Dah 3 Bulan Berlalu Tiada Siapa Datang Ambil

Sumber: Kosmo! / Najmuddin Azman

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×