Euforia Bola 2026
Famili

Pemergian Nurly Shahirah Terus Dikenang: Ribuan Hadir Ziarah, Keluarga Pasang Penghadang Kubur

nurly shahirah

Sudah lebih dua minggu berlalu sejak tragedi menyayat hati yang meragut nyawa beberapa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), namun kisah mereka masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Salah seorang mangsa yang paling memberi kesan ialah Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23 tahun.

Kisah hidup dan amalannya yang luar biasa telah membuka mata ramai. Sehingga ke hari ini, pusara arwah di Tanah Perkuburan Gong Pasir, Besut masih diziarahi tanpa henti, malah ada yang datang menaiki bas secara berkumpulan demi menziarahi arwah.

Baca juga: Umrah Jadi Pengubat Duka, Syarikat Sinar Suci Travel & Tours Taja Ibu Bapa Mangsa Kemalangan UPSI

PUSARA NURLY SHAHIRAH ‘DIBANJIRI’ MANUSIA, ADA YANG ZIARAH HINGGA ‘TAKSUB’

nurly shahirah

Foto sekitar kawasan kubur Nurly Shahirah.

Sebelum tragedi, Nurly pernah tular kerana usahanya menulis naskhah al-Quran secara manual di atas helaian kertas kosong. Amalan ini, dikenali sebagai tahriri, dilakukannya demi memperkukuh hafalan. Ketekunan dan keikhlasannya dalam menjaga kalam Allah benar-benar mengagumkan ramai.

Menurut abang arwah, Mohd Najmuddin, adiknya amat menjaga hubungan dengan al-Quran, tidak pernah lalai mengulang hafalan walau sehari.

Sehingga dua hari lepas, rakaman video yang dimuat naik oleh ramai pengguna TikTok, menunjukkan suasana di perkuburan yang dipenuhi pengunjung datang dari setiap pelusuk negeri dalam Malaysia.

“MasyaAllah, sangat-sangat ramai orang datang ziarah arwah Nurly,” tulis dalam video tersebut.

Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri ucapan takziah, kata-kata kagum dan doa:

“Berlinang air mata bila tengok dan baca kisah arwah Nurly. Hebatnya dia. Bagaimana pula pengakhiran kita nanti, Ya Allah,” luah seorang pengguna.

“Mungkin kekuatan arwah adalah pada keikhlasannya. Dia belajar, menghafal dan menulis al-Quran semata-mata kerana Allah. Maka Allah muliakan dia kerana keikhlasannya,” kongsi seorang lagi.

Tindakan Keluarga: Hormati Pusara, Elak Perbuatan Khurafat

nurly shahirah

Sudah dipasang tali penghadang elak orang datang dekat.

Disebalik arus ziarah yang berterusan, pihak keluarga memaklumkan bahawa mereka sudah memasang tali penghadang di sekeliling kubur arwah bermula Sabtu, sebagai langkah perlindungan.

Menurut individu yang dipercayai saudara arwah, Ahmad Nazrul, tindakan ini dibuat selepas beberapa insiden tidak wajar berlaku:

“Ada yang mengambil tanah kubur dan membawanya pulang, malah ada yang menyapu tanah itu ke wajah anak-anak. Bukan semua, tapi ada…”

Beliau turut menegaskan bahawa Pejabat Agama Daerah Besut akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara tidak sepatutnya, termasuk menjalankan rondaan malam dari semasa ke semasa.

“Datanglah untuk berdoa dan ambil iktibar, bukan untuk bawa pulang tanah kubur,” tambahnya.

”Jika ada yang ambil tanah kubur, mohon ampun dengan Allah” – Bapa Nurly.

Pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah juga tidak menerima tetamu bermula 2 Julai 2025 sehingga 5 Julai 2025. Malah, rumah keluarga juga ditutup kepada umum.

Kisah ini bukan sekadar mengenang pemergian Nurly Shahirah, tetapi mengajak kita menilai semula hubungan kita dengan al-Quran, kematian, dan erti keikhlasan sebenar dalam beribadah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan kisahnya terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Baca juga: 11 Nahas Ngeri Bas Paling MENGGEMPARKAN Di Malaysia, Jumlah Terkorban Sangat Tinggi!

Sumber: SinarPlus, Ahmad Nazrul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×