Kali ini penulis nak bawa pembaca setia Sirap Limau untuk sama-sama menjelajah ke lima destinasi negara Islam yang memang mesra bajet dan sangat berbaloi diterokai.
Negara-negara ini pasti buat anda rasa teruja nak kenal Islam dengan lebih dekat. Dari tinggalan sejarah nenek moyang sehinggalah suasana yang sarat nilai keislaman. Jom tengok lima trip bajet ke negara Islam yang boleh anda rancang untuk tahun 2025!
Baca juga: Lepas Bersara Baru Ada Masa Pergi Melancong? Ini 20 Tip Penting Dari Orang Lama Wajib Anda Tahu!
NEGARA ISLAM MESRA BAJET UNTUK DITEROKAI
1. Mesir
Mesir kaya dengan sejarah Islam dan seni bina mengagumkan sejak zaman empayar Islam. Kaherah, ibu negara Mesir, menempatkan banyak masjid bersejarah seperti Masjid Al-Azhar, Al-Rifa’i dan Muhammad Ali yang wajib dilawati.
Selain itu, Kota Salah Al-Din juga antara tarikan utama, dibina oleh pahlawan Islam terkenal pada tahun 1176. Nak shopping pun seronok seperti di pasar Khan el-Khalili penuh dengan barangan unik dan aksesori menarik.
Makanan halal mudah didapati, antaranya adalah isy, falafel dan khosari. Pendek kata, Mesir tawarkan pengalaman percutian yang penuh ilmu, budaya dan berbaloi!
Anggaran bajet: RM3,800 – RM5,700 / 7 hari
2. Bosnia

Gambar: Talha Şamil Çakır
Kalau suka alam semula jadi, Bosnia memang cun habis! Sungai, tasik dan air terjun dekat sini macam dunia dongeng. Mesra bajet juga.
Negara ini kaya dengan warisan Islam sejak zaman Uthmaniyyah. Anda boleh lawat masjid-masjid cantik seperti Masjid King Fahd, Ali Pasha, Ferhadija dan banyak lagi. Jangan lupa singgah Blagaj, tempat air sungai jernih mengalir dari gua yang sangat tenang dan cantik.
Akhir sekali, rasa pencuci mulut Tufahija, epal rebus dengan sirap gula dan kekacang. Sedap dan unik!
Anggaran bajet: RM6,000 / 7 hari
3. Laos

Gambar: Shelly Zohar
Laos terkenal dengan keindahan alam, budaya dan sejarahnya. Negara ini tak bersempadan dengan laut, tapi penuh dengan tarikan menarik.
Paling best, bajet harian ke sini sangat jimat termasuk penginapan, makan dan pengangkutan!
Di ibu negara Vientiane, anda boleh singgah solat di Masjid Vientiane Jamia. Ia salah satu masjid tertua di sini yang diasaskan pada akhir abad ke-19 oleh pedagang Muslim dari China, Chin Haw.
Lepas itu, bolehlah tenangkan fikiran di Sungai Mekong atau air terjun Kuang Si yang memukau. Jangan lupa ke bandar bersejarah Luang Prabang, tapak warisan dunia UNESCO.
Bab makan halal pun tak susah, antara restoran halal yang popular di sini ialah Nazim Restaurant, Taj Mahal Halal Restaurant dan Delhi Durbar.
Anggaran bajet: RM140 – RM230 sehari
Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin
4. Maghribi (Morocco)

Gambar: Petar Milošević
Maghribi atau dikenali sebagai Kingdom of Sunset, terletak di barat dunia Arab dan kaya dengan gabungan budaya Arab, Berber, Eropah dan Afrika. Islam tiba di sini sekitar tahun 670M semasa penaklukan oleh Dinasti Umayyah.
Seni binanya sangat dipengaruhi oleh sejarah Islam, antaranya Masjid Hassan II di Casablanca dengan menara setinggi 210 meter dan reka bentuk yang memukau.
Selain itu, Masjid Al-Qarawiyyin yang diasaskan oleh Fatima Al-Fihri pada tahun 859M turut menempatkan universiti pertama di dunia.
Jangan lupa singgah ke bandar Fez yang penuh budaya tradisional dan seni bina zaman pertengahan. Anda juga boleh membeli cenderamata unik di pasar tempatan.
Anggaran bajet: RM2,700 untuk 7 hari
5. Bolivia

Gambar: Christopher Crouzet
Bolivia sangat sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Antara tarikan utama ialah Salar de Uyuni, kawasan padang garam terbesar di dunia yang memang luar biasa cantik.
Negara ini juga menempatkan taman negara tertua di Bolivia, selain gunung berapi bersalji, kolam panas semula jadi dan kawasan paya.
Tempat menarik lain yang wajib dikunjungi termasuk Tasik Titicaca, Valley of the Moon, dan Taman Negara Madidi yang penuh keindahan semula jadi.
Walaupun majoriti penduduknya bukan Muslim, Bolivia tetap mempunyai jejak Islam dengan beberapa buah masjid seperti Mezquita Yebel An-Nur, Mezquita As-Salam.
Bagi restoran halal seperti New Moti Mahal di La Paz.
Anggaran bajet: RM2,100 / 7 hari
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: 5 Tempat ‘Shopping’ TERMURAH Di Malaysia, Harga Kaw Kaw & Pelancong Wajib Singgah!
Sumber: Halal Trip
FT Image: Talha Şamil Çakır / AI

