Euforia Bola 2026
Sihat

Herpes Bukan Sekadar Penyakit Seksual, Tapi Boleh Juga Berjangkit Dari 5 Aktiviti INI!

herpes di bibir

“Jangkitan herpes di bibir? Saya ingatkan cuma ulser biasa…”

Begitulah kata seorang wanita yang tular datang ke klinik dengan bibir yang melepuh dan terasa sakit. Tiada siapa menyangka, di sebalik luka kecil itu, tersembunyi satu jangkitan yang jauh lebih serius iaitu oral herpes, atau nama perubatannya HSV-1 (Herpes Simplex Virus Type 1).

Baca juga: Suami Pun Boleh Penat Dalam Diam, Isteri Tolonglah Bagi 10 ‘Love Language’ Ini…Bermakna Sangat!

JANGKITAN HERPES DI BIBIR BUKAN SEBAB AKTIVITI SEKSUAL, ADA BANYAK PUNCA…

herpes di bibir

Foto: Healthline

Ramai menganggap herpes hanya berjangkit bila ada luka aktif. Sebenarnya tidak. Virus HSV-1 boleh merebak melalui:

1. Ciuman kasih sayang — walaupun tiada luka nampak di mulut pasangan atau anak kecil.

2. Berkongsi gelas, sudu, berus gigi atau tuala — terutama dalam rumah atau ketika bercuti.

3. Guna lip balm atau lipstick orang lain — amalan yang nampak biasa, tapi berisiko tinggi.

4. Melakukan seks oral — walaupun pasangan tidak menunjukkan sebarang gejala.

5. Menyentuh luka orang lain, kemudian pegang mulut sendiri — tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Gejala yang Perlu Diperhatikan

HSV-1 biasanya muncul sebagai “cold sore” atau luka sejuk di kawasan bibir dan sekitar mulut. Antara tanda-tanda awal:

1. Rasa gatal dan terbakar di bibir.

2. Muncul gelembung kecil berisi air yang kemudiannya pecah dan jadi luka.

3. Demam ringan atau rasa tidak sihat.

4. Sakit kepala, letih, dan sakit tekak ringan.

Luka biasanya akan sembuh dalam masa 7–10 hari, tetapi virus ini kekal di dalam badan seumur hidup, dan boleh aktif semula bila sistem imun lemah, stres, atau berjemur terlalu lama.

Rawatan dan Pencegahan: Apa Yang Anda Boleh Buat?

herpes di bibir

Foto: Freepik

Jangkitan herpes oral tidak berbahaya bagi kebanyakan orang, tetapi boleh menjejaskan keyakinan diri, terutama jika ia kerap berulang. Berita baiknya adalah, ada ubat yang boleh mengurangkan kesakitan, percepat penyembuhan, dan mencegah jangkitan berulang.

Langkah pencegahan termasuklah:

– Elak berkongsi barangan peribadi
– Gunakan lip balm peribadi (elakkan tester di kedai)
– Elak ciuman semasa ada gejala
– Basuh tangan dengan sabun selepas menyentuh wajah

*Jaga diri, jaga yang tersayang. Kadang-kadang, satu ciuman pun cukup untuk menyebarkan virus tapi tak perlulah ceritakan kepada orang lain ya!

Baca juga: 7 Jenis Cincin Lelaki Paling POPULAR Untuk Majlis Akad Nikah, Patuh Syariah & Ada Gaya!

Sumber: Public Health Malaysia, Sakinah Sulong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×