Euforia Bola 2026
Percutian

“Aduhh Panjangnya Barisan…” Ini Tip Pantas ‘Check In’ & Tag Bagasi Guna Kiosk Layan Diri Di Lapangan Terbang!

daftar masuk

Daftar masuk (check in) penerbangan antarabangsa pada waktu awal pagi selalunya penuh sesak, apatah lagi jika anda tidak menggunakan laluan keutamaan seperti penumpang bersama anak kecil.

Itulah yang dialami oleh Mohd Fauzi Zakaria semasa perjalanannya baru-baru ini, apabila kaunter Malaysia Airlines dipenuhi penumpang dan tiada kaunter khas untuk drop luggage walaupun ramai yang sudah check in secara dalam talian.

Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin

TIPS DAFTAR MASUK PENERBANGAN ANTARABANGSA

daftar masuk

Gambar oleh Mohd Fauzi Zakaria

Tips elak kesesakan waktu daftar masuk (check in) penerbangan antarabangsa

Namun begitu, Fauzi Zakaria berkongsi satu cara mudah untuk elak beratur panjang iaitu guna kiosk layan diri dan kaunter self drop bagasi.

Caranya mudah:

  1. Terus ke kaunter G (drop bagasi), bukan kaunter daftar masuk biasa.
  2. Gunakan kiosk layan diri di kawasan itu untuk dapatkan boarding pass dan bag tag. Anda hanya perlu imbas pasport atau masukkan nombor rujukan tempahan (booking reference).
  3. Lekatkan tag bagasi pada beg sendiri. Bahagian hujung tag perlu dikoyakkan dan disimpan, manakala satu daripada tiga pelekat pada tag dilekatkan pada beg.
  4. Imbas boarding pass di mesin drop bagasi, letakkan beg di atas conveyor belt dan tunggu proses selesai.

Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!

Cara melekatkan tag bagasi semasa guna kiosk layan diri lapangan terbang

daftar masuk

Gambar oleh Mohd Fauzi Zakaria

Mungkin kerana sebelum ini anda selalu dibantu oleh staf kaunter, jadi ramai masih kekok melakukannya sendiri dan tidak tahu cara yang betul. Berikut adalah caranya:

  1. Koyakkan bahagian paling hujung tag bagasi dan simpan — ini biasanya mengandungi maklumat rujukan untuk anda.
  2. Daripada tiga pelekat kod bar yang ada, ambil satu dan lekatkan pada beg.
  3. Dua pelekat yang selebihnya boleh dibiarkan kekal pada tag tersebut.

Proses ini mengambil masa kurang 10 minit dan jauh lebih pantas berbanding beratur di kaunter biasa.

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

Namun perlu diingat, sistem ini tidak sesuai untuk mereka yang ingin gabungkan berat bagasi (seperti melancong bersama keluarga), kerana self drop luggage tidak benarkan perkongsian berat beg antara penumpang.

Jelasnya, walaupun ramai masih tidak biasa dengan proses ini, amalan daftar masuk layan diri sebenarnya sudah jadi norma di banyak lapangan terbang luar negara.

Tambahnya lagi, buat masa ini hanya 5 airlines ini sahaja boleh guna kiosk self service seperti Malaysia Airlines, Cathay Pasific, KLM, Batik Air dan airlines paling hot VietJet.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!

Sumber: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

FT Image: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×