Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa bayi merenung wajah kita begitu lama, seolah-olah sedang menilai atau ‘judge’ rupa kita cantik ke tidak? Jangan risau, ia bukan sebab mereka sedang menghakimi.
Sebenarnya, ada penjelasan sains yang sangat menarik di sebalik tingkah laku comel ini seperti dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) di hantaran terbaru Facebook mereka.
Baca juga: Anak Lelaki ‘Diratukan’ Potensi Alami Masalah Psikologi, Dewasa Nanti Beban Pada Orang Lain!
KENAPA BAYI MERENUNG WAJAH MANUSIA

Bantu bayi kenali pelbagai ekspresi dan emosi manusia
Menurut pakar perkembangan bayi, otak bayi sememangnya cenderung belajar melalui wajah manusia, terutama wajah yang simetri, jelas dan mudah dikenali.
Wajah-wajah begini lebih mudah diproses oleh mata bayi yang baru sahaja mengenal dunia luar selepas lahir.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa bayi akan menatap lebih lama pada wajah yang simetri atau “menarik”.
Hal ini kerana, bukan kerana mereka tahu apa itu cantik, tetapi kerana bentuk wajah tersebut membantu mereka mengenal pelbagai ekspresi dan emosi manusia.
Inilah cara awal mereka membina kemahiran sosial dan belajar berinteraksi dengan persekitaran.
Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah
Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’
Bentuk komunikasi awal bagi bayi
Selain itu, merenung wajah juga merupakan salah satu bentuk komunikasi awal bagi bayi.
Walaupun belum boleh bercakap, mereka menggunakan mata untuk menunjukkan minat dan cuba memahami dunia sekeliling.
Jadi apabila bayi anda memandang anda lama-lama, sebenarnya mereka sedang “belajar” daripada anda!
Lain kali kalau ada bayi yang asyik pandang muka anda, jangan cepat rasa pelik. Senyumlah balik.
Mungkin anda terlalu menarik untuk dilepaskan daripada pandangannya, atau mungkin dia tengah belajar sesuatu daripada ekspresi wajah anda.
Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?
Sumber: Public Health Malaysia (PHM)
FT Image: AI
