Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Tips Untuk Suami Isteri Yang Tengah Cuba Dapat Anak, Ikut Nasihat Ini InsyaAllah ‘Melekat’

KESUBURAN LELAKI DAN WANITA

Kesuburan lelaki dan wanita memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan zuriat, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sedang melalui fasa ‘Trying to Conceive’ (TTC).

Ramai yang beranggapan bahawa isu kesuburan hanya berkaitan dengan wanita, sedangkan hakikatnya lelaki juga menyumbang hampir separuh daripada faktor kejayaan kehamilan.

Baca juga: Wanita Simpan Impian Bersanding Pakai Songket, Tapi Lepas 10 Tahun Suami ‘Tunaikan’ Dengan Orang Lain!

KESUBURAN LELAKI DAN WANITA DALAM PROSES TTC, PENTING

KESUBURAN LELAKI DAN WANITA

Freepik

Ini prosedur bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat (TTC):

Bagi wanita:

– Berhenti makan selepas pukul 7 malam.

– Hentikan pengambilan minuman bergula.

– Elakkan makanan yang tidak memberi manfaat.

– Minum air kosong sahaja.

– Ambil nasi dalam kuantiti sedikit.

– Ayam, ikan, telur, dan daging merupakan makanan utama.

– Dari hari pertama haid hingga hari ke-14, lebihkan pengambilan daging, ayam, ikan dan telur. Makan paling awal sekitar jam 9 pagi, atau jika lewat, sekitar jam 11 pagi.

– Hanya makan dua kali sehari.

– Cari coklat gelap (dark chocolate) 75% ke atas. Makan hanya apabila benar-benar mengidam. Cadangan jenama: Kalislab.

– Dari hari ke-18 hingga hari ke-28 kitaran haid, puasa antara waktu makan (intermittent fasting) tidak perlu terlalu lama.

– Sekiranya makan semula keesokan harinya, makan selewat-lewatnya jam 9 pagi.

– Boleh makan tiga kali sehari, tetapi hanya satu kali untuk hidangan berat. Dua lagi hidangan sederhana.

– Kurangkan nasi. Elakkan: roti, pasta, kuey teow, mee, bihun, biskut, piza, dan karbohidrat terproses.

– Lebihkan lauk-pauk dan tambah sedikit sayur.

– Jika ingin memaniskan minuman, gunakan stevia, sucralose, erythritol, atau allulose. Biasakan minum air kosong beralkali/mineral.

– Pengambilan buah tidak perlu setiap hari, cukup seminggu sekali.

– Elakkan jus buah, makan buah secara terus lebih baik.

KESUBURAN LELAKI DAN WANITA

Freepik

Bagi lelaki pula:

– Lakukan puasa antara waktu makan (intermittent fasting) selama 18–23 jam sekali seminggu.

– Hari lain, lakukan IF antara 12–16 jam mengikut kemampuan.

– Amalkan pemakanan lazy keto.

– Lakukan senaman rintangan (resistance training).

– Berjalan sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

– Dapatkan cahaya matahari secukupnya.

– Lakukan grounding (berkaki ayam di atas tanah) tiga kali seminggu.

– Elakkan penggunaan sabun yang boleh mengganggu hormon (terutamanya sabun berparaben).

– Jangan minum minuman bergula.

– Elakkan makanan ringan dan jajan yang tidak berkhasiat.

– Daging merah adalah makanan utama.

– Kurangkan pengambilan nasi.

– Jangan ambil roti, walaupun jenis sourdough – tangguhkan dahulu.

– Elakkan makanan berasaskan soya buat sementara waktu.

Semoga tips kesuburan lelaki dan wanita ini dapat memberi manfaat!

Baca juga: 2 Tahun PJJ, Akhirnya Kantoi ‘Housemate’ Suami Rupanya Isteri Orang, Siap Mesej Manja-Manja!

Sumber: Facebook Azril Nizam Jamaludin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×