Euforia Bola 2026
Asuh

Ramai Ragu Lelaki Boleh Jaga Anak, Si Ayah Ini Buktikan Sebaliknya, Jaga Sendiri Bayi Dari Usia 3 Bulan

ayah jaga anak

Tidak semua bapa berpeluang melihat anak membesar di depan mata. Dari saat pertama bayi itu meniarap, mula merangkak, belajar makan sendiri, hinggalah akhirnya mampu bertatih. Namun itulah anugerah paling berharga yang Allah kurniakan kepada seorang ayah jaga anak yang dipanggil, Hud.

Di sebalik ketenangan wajah ayah yang dipanggil Abi dan anaknya Hud, tersimpan sebuah cerita luar biasa. Kisah kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa yang memilih untuk membesarkan anaknya sendiri di kawasan pedalaman, jauh dari keselesaan dan kemudahan bandar.

Baca juga: Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Demam Panas Akibat ‘Disidai’ Hampir 11 Jam Di Wad, Hospital Mohon Maaf

KISAH INSPIRASI AYAH JAGA ANAK MASIH KECIL SENDIRI, PJJ DENGAN ISTERI

ayah jaga anak

“Kalau ikut mama, memang nak bawa anak ke Sabah. Tapi Abi tak sampai hati berpisah dengan Hud. Abi ambil keputusan untuk jaga sendiri,” ujar beliau.

Keputusan untuk membawa bayi tinggal bersamanya di kawasan yang serba kekurangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia penuh risiko dan persoalan. Malah, keluarga sendiri turut berasa ragu, bolehkah seorang lelaki menjaga bayi, apatah lagi seorang diri?

Namun kasih sayang seorang ayah mengatasi segalanya. Walaupun dipenuhi keraguan dan kebimbangan, dia nekad dan beranikan diri. Mungkin orang lain tidak melihat potensi, tetapi keyakinannya datang dari tempat yang tidak terjangka — dari Allah yang mengurniakan kekuatan dan ketenangan luar biasa.

“Tak tahu macam mana, tapi Allah beri kekuatan tu. Rezeki besar dapat tengok Hud membesar depan mata.”

Apa yang membuatkan ayah ini sejuk hati adalah, biarpun tinggal berjauhan dengan ibunya, Hud membesar sebagai anak yang penyayang dan memahami. Setiap bulan, mereka akan keluar dari pulau semata-mata untuk bertemu mamanya di tempat persinggahan tetap mereka Airport Senai, Johor Bharu. Walaupun pertemuan itu sementara, ia cukup untuk menunjukkan erti rindu dan kasih dalam sebuah keluarga kecil ini.

REZEKI UNTUK MENJADI ‘KELUARGA IMPIAN’ PADA BULAN MEI

ayah jaga anak

Foto: Abi, Hud dan ibunya bersama.

Setelah sekian lama berkorban dan menanti, akhirnya Allah makbulkan doa mereka. Pada bulan Mei, keputusan pertukaran tempat kerja (eG Tukar) memberi khabar gembira yang tidak disangka-sangka. Mama kepada Hud akhirnya dapat berpindah dari Kudat dan tinggal bersama mereka di Johor.

“Alhamdulillah, hati semua jadi tenang. Hud akhirnya dapat bersama mama dan abi setiap hari.”

Sebagai tanda kenangan, ayah ini menyimpan sebuah video yang amat disayanginya iaitu rakaman perjalanan menjaga Hud dari usia 3 bulan hingga 10 bulan. Setiap detik, senyuman, tangisan, dan langkah pertama Hud menjadi saksi perjuangan seorang bapa yang enggan menyerah kepada jarak dan kekangan.

Kisah ini bukan sekadar tentang seorang ayah dan anak. Ia adalah kisah tentang keberanian, kasih sayang, dan doa yang tidak pernah putus. Untuk setiap ayah yang sedang berjuang dalam diam, anda tidak keseorangan. Terima Kasih Ayah!

@wannaja97 Rezeki Abi dapat tengok anak membesar depan mata dari mula dapat meniarap, dapat merangkak, dah boleh makan dan sampai baby abi dapat bertatih. Alhamdulillah. Abi terpaksa beranikan diri untuk bawa dan jaga adik di pedalaman ni walaupun banyak kekurangan. Kalau ikut mamanya nak bawak anak ke Sabah, tapi Abinya tak bagi. Sebelum abi putuskan nak jaga dan bawa adik, pelbagai reaksi dari semua orang termasuk ma abah sebab tak percaya orang laki ni boleh ke jaga anak ye😅. Sebab nak jaga baby newborn bukan senang. Tapi tak tau lar macam mana Allah bagi kekuatan dan keyakinan tu untuk jaga anak sendiri seorang diri. Tapi, Alhamdulillah hasilnya membanggakan dan baik, Hud anak yang sangat memahami keadaan abi dan mamanya. Setiap bulan wajib keluar pulau untuk jumpa dengan mamanya di tempat persinggahan kami di Airport Senai. Bulan Mei, rezeki yang tak disangka-sangka. Keputusan eg tukar sangat menenangkan hati semua. Alhamdulillah mama dapat pindah tinggal bersama dah. Simpan sini video kesayangan abi dari dia umur 3 bulan sampai 10 bulan bersama dengan abi. @Nur Ain #berdamaidengantakdir ♬ MANGU Fourtwenty – Alottu

Baca juga: Tragedi Bun*h Guru, Remaja Naik Angin DIPAKSA Belajar Jadi Punca Habiskan Nyawa Ibu & Abang

Sumber: Tiktok @wannaja97

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×