Ternyata masih ramai beranggapan bahawa masalah gigi berlubang hanyalah isu kecil yang melibatkan kesakitan ringan pada mulut, seterusnya ditampal dan dilupakan begitu sahaja.
Namun, tahukah anda bahawa gigi berlubang boleh jadi jalan kepada masalah jantung yang serius dan membawa kepada kematian jika tidak dirawat?
Baca juga: Makan Cendol Ternyata Boleh Rawat Ulser Perut, Tapi Kena Guna Bahan INI Baru Menjadi!
GIGI BERLUBANG BOLEH JADI PUNCA JANTUNG BERMASALAH

Gigi berlubang berlaku apabila bakteria dalam mulut menghakis permukaan gigi, dan jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke akar gigi dan menyebabkan abses (kantung nanah).
Masalah sebenar bermula apabila bakteria daripada jangkitan ini masuk ke dalam salur darah dan bergerak ke seluruh badan termasuk ke jantung.
Ini boleh menyebabkan:
1. Endokarditis bakteria
– Jangkitan pada lapisan dalam jantung (endokardium).
– Bakteria dari mulut melekat pada injap jantung.
– Boleh merosakkan injap, menyebabkan kegagalan jantung, dan membawa maut jika tidak dirawat segera.
2. Keradangan kronik & penyempitan salur darah
Masalah pergigian kronik boleh menyebabkan sistem imun ‘overaktif’. Ini meningkatkan keradangan sistemik dan menyumbang kepada pembentukan plak dalam arteri. Akhirnya, risiko serangan jantung dan strok meningkat.
Di USA pada tahun 2007, seorang remaja 12 tahun maut selepas jangkitan gigi abses merebak ke otaknya.
Doktor gigi dan pakar jantung seluruh dunia bersetuju bahawa kesihatan mulut adalah sama kesihatan sistemik. Mulut bukanlah tempat asing dari tubuh. Ia adalah pintu utama kepada seluruh sistem badan.
Tanda bahaya pada gigi rosak
Sekiranya anda mengalami masalah gigi berlubang, ini antara tanda bahaya yang perlu dititikberatkan:
- Sakit berdenyut hingga ke kepala
- Gusi bengkak atau bernanah
- Bau busuk walau dah gosok gigi
- Demam atau lemah badan
- Susah buka mulut atau menelan
Gigi berlubang mungkin nampak kecil tetapi kesannya boleh melarat hingga ke jantung dan otak. Jangan tunggu sakit baru ambil tindakan. Jaga kesihatan mulut ibarat jaga kesihatan jantung
Baca juga: Calar ‘Sikit’ Pada Periuk Masakan Rupanya Boleh Jadi Punca Kanser, Sebab Ada Bahan INI!
Sumber: Facebook
