Euforia Bola 2026
Sihat

Masalah Gigi Berlubang Boleh Berjangkit Dekat Orang Lain? Ini ‘Bahaya Senyap’ Buat Ramai Terkejut!

gigi berlubang

Ramai antara kita fikir, masalah gigi berlubang cuma disebabkan malas gosok gigi atau suka makan manis. Tapi hakikatnya, kerosakan gigi bukan sekadar isu kebersihan diri kerana sebenarnya boleh berjangkit!

Ya, anda tak salah baca. Lubang gigi boleh ‘dipindahkan’ dari mulut seseorang ke orang lain tanpa disedari, termasuklah dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran

GIGI BERLUBANG SEBENARNYA BOLEH ‘BERJANGKIT’, BARU TAHU!

gigi berlubang

Puncanya datang dari sejenis bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus mutans, bakteria utama yang menyebabkan kerosakan gigi. Ia hidup dalam air liur, dan boleh berpindah dengan mudah melalui perbuatan harian yang kita anggap ‘normal’ seperti:

  • Berkongsi sudu dan garpu
  • Mencium anak
  • Meniup makanan anak yang panas
  • Guna berus gigi yang sama
  • Nampak kecil, tapi kesannya besar

Kanak-kanak antara golongan paling mudah terkena jangkitan ini kerana enamel gigi mereka lebih nipis dan belum cukup kuat untuk lawan bakteria. Bila bakteria masuk ke mulut mereka, contohnya dari tiupan ibu pada bubur panas akan terus ‘membina rumah’ di situ. Bila anak makan benda manis, bakteria akan makan gula tersebut dan hasilkan asid yang perlahan-lahan hakis permukaan gigi.

Mula-mula timbul tompok putih kecil. Kemudian jadi lubang. Lama-lama lubang makin besar, sampai perlu ditampal atau dicabut.

Satu Rumah, Satu Risiko Bersama

gigi berlubang

Foto: freepik

Satu perkara yang ramai tak tahu, jika ada seorang dalam rumah ada kerosakan gigi aktif dan tidak dirawat, semua ahli keluarga lain turut berisiko. Bakteria ini boleh menyebar dalam kalangan ahli keluarga tanpa kita sedar. Jadi, menjaga mulut bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi juga untuk melindungi orang tersayang.

Mencegah penyebaran bakteria ini sebenarnya tidak susah:

  • Gosok gigi dua kali sehari (pagi & malam)
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Kurangkan makanan bergula atau berkanji
  • Jangan kongsi berus gigi, sudu, botol air
  • Elakkan tiup makanan anak walaupun nampak ‘comel’
  • Buat pemeriksaan gigi secara berkala

Pemeriksaan di klinik gigi bukan hanya untuk cabut atau tampal, tapi juga untuk turunkan jumlah bakteria dalam mulut, sekaligus halang penyebaran kepada orang lain.

Anak-anak kecil belum mampu jaga kebersihan mulut mereka sendiri. Maka, tanggungjawab ini jatuh 100% kepada ibu bapa dan penjaga. Jangan tunggu gigi anak mula berlubang baru nak panik. Langkah pencegahan awal jauh lebih murah, kurang sakit — dan tak trauma.

Baca juga: Rasa ‘Benda’ Keluar Dari Faraj? Ini Cara Self-Check Rahim Jatuh Dengan Hanya Guna 2 Jari

Sumber: Amelia Zetty via Astronomi & Sains

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×